Moody Monday # 4 _ Mee Tonggek

Assalamualaikum....



Salam Ramadan ke 10 untuk semua blogger yang beragama Islam dan sedang berpuasa.... (yang tak puasa tak payah...hihihi :p)

Disebabkan ari Isnin selalu dikaitkan dengan incik mahmood a.k.a mood belum mari lagi, yang hilang disebabkan cuti rehat di rumah yang sangat menyeronokkan hati dan minda, maka apa kata saya kongsi gambar atau cerita yang boleh wat korang hepy sikit.... (hepy ke tengok gambar nih??)

Lokasi jualan mee tonggeng..eh..eh..silap plak..mee tonggek nih adalah kat bazar Ramadan Presint 2, Putrajaya.....

Masa abang penjual tu menggoreng, beliau tertonggek-tonggek punya nak mengacau mee dalam kuali nih...
(Okey...ini andaian sendiri...motif sebenar nama mee tu sebenarnya adalah tidak diketahui..kalau korang nak tau, tolong tanyakan bagi pihak saya...hihihi)

memang murah sangat...RM 2 hengget jer sebungkus...boleh campur-campur..pergh!!memang terbaik la...terliur tengok...hihihi

Di kala kami berjalan-jalan kat bazar nih, ada jumpa jugak satu lagi kedai mee tonggek..tapi lain sikit nama dia... "Mee Tonggek Original"
abis, yang nih apa? "Mee Tonggek Ciplak" ka??
Tak tau la plak kan..yang pasti, gerai nih memang ramai orang......

p/s : Maap la yer...tak letak gambar mee yang beraneka jenis itu yang menyelerakan lagi menggiurkan atas sebab-sebab;
- tak mau korang terliur di kala saya mengepos entri nih
- makruh tau tengok gambar makanan sewaktu sedang berpuasa nih....hihihihi

Sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Jari Panjang

Assalamualaikum....


"Saya dilahirkan dengan jari yang panjang...saya rasa, itu tak gempak".......

Korang pernah tengok tak iklan Digi Internet yang dok promote promosi dorang?? (apakah ayat saya ini?)...
Iklan tu kan mengisahkan seorang gadis yang mempunyai jari-jemari tangan yang panjang-panjang gitu..semua orang dok mengejek  beliau...tengok tak?tengok tak? (soalan yang sama banyak kali memang mintak penumbuk)

Saja lah nak citer pasal jari panjang...opss...bukan panjang tangan tau atau maksudnya mencurik harta benda yang bukan hak milik sendiri tapi Ahmad Albab yang punya ..paham tak?paham tak?

tak mau..tak mau..tak elok tangan panjang-panjang nih....lagi-lagi di bulan Ramadan yang mulia ini...tapi kalau dah memang mempunyai kepanjangan tangan yakni dalam bentuk fizikal, itu lain...

Citer pasal jari panjang, cube perhatikan dengan teliti dan fikir dengan bijaksana serta rasional dan logiknya...siapakah pemilik jari-jemari yang memang panjang-panjang nih??




Opkos la tuan empunya belog gadisbiasebiase....huhuhu.....

Sebelom iklan tu lagi, memang jari-jemariku ini sudah pernah jadi bahan tanda tanya dan persoalan di hati mereka-mereka yang pernah melihat jari-jemari ini.. (pergh!!ayat sastera sangat)....
Okey..jawapan saya senang jer...

(1)    Nanti masa sarung cincin tunang atau kawen, banyak gambar boleh snap, sebab masa lama nak sampai sampai hujung bawah jari tu..

(2)    Boleh menaip belog dengan lajunya..

(3)    Cantik apa jari panjang nampak runcing jer macam belog jejari runcing......(hihihihi)

(4)    Boleh pakai cincin banyak-banyak dalam satu jari...

(5)    Senang nak sisir rambut tak payah guna sikat pun takpe...guna jari pun boleh...

(6)   Boleh cuit orang dengan jarak agak jauh.....

Kesimpulan yang boleh disimpulkan di atas kes yang tak rumit langsung dan tak perlu susah hati atau makan bahkan harus suka hati ini, jari yang panjang ker, jari pendek ke....tak kesah..asalkan ada jari...Jangalah main mercun supaya tak kehilangan jari.....

Bebelan panjang lebar dan nasihat yang ringkas ini dibawa khas oleh saya dari hati membawa ke jari untuk menaip....

P/s : Biar panjang jari, jangan panjang tangan......


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Isteri Sendat Suami Melekat

Assalammualaikum...

**sumber gambar daripada facebook

Khamis yang terkata....(selalunya wordless Wednesday kan)....
Mana tak terkata nya cuba tengok ayat kat atas tu...hihihi

Ops..ops...bukan niat nak melucah yer..terutama di bulan Ramadan ini...
Tidak juga mau menyinggung perasaan mana-mana pihak...
Tidak juga mau mengaibkan dan menghaibkan sesiapa...
Atau pun menjaja cerita yer...
Sebabnya ini pun iklan atau promosi secara terbuka kan..
Sekali pun saya tak post gambar nih, poster nih dapat dilihat secara terang-terangan kan..kan..kan...

Cuma sekadar berkongsi pada korang semua...
Apa persepsi korang tentang iklan yang cenggini??
Bagi saya, iklan cenggini tak berapa sesuai untuk tontonan umum..
Terpulanglah pada masing-masing untuk menilai..yer dak...

Sekian~~

p/s : Bukan mencari salah..bukan suka-suka mengkritik...sekadar perkongsian suatu realiti hari ini...

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Rakyat Malaysia Kurang Sopan

Assalamualaikum...

Aish..tajuk pagi-pagi dah bikin panas nih...

Sabar..sabar..nih kan bulan Ramadan..

Tentunya rasa terkejut jugak bila dengar Hot FM pagi tadi masa on the way nak pergi berkhidmat untuk negara nih, si Faizal, Fafau ngan AG bagitau negara kita Malaysia termasuk dalam ranking ke 34 daripada 36 negara yang rakyatnya sopan.....

Maksudnya di sini, kesopanan rakyat kita tidaklah sesopan yang kita sangka selama nih..Kununnya negara kita negara yang mengamalkan dasar ketimuran...yang penuh lemah lembut dan sopan....

Sebenarnya tak dinafikan, sememangnya rakyat Malaysia adalah antara negara yang rakyatnya bersopan dan beretika....

Tapi tau tak, kebanyakan faktor yang menyebabkan kita duduk dalam ranking yang agak corot daripada 36 buah negara, adalah kesopanan ketika di jalan raya....

(1) Suka membunyikan hon sesuka hati.

(2) Memotong kenderaan lain tanpa memberikan isyarat (kesian kan..kete mahal-mahal, canggih-manngih tapi takde lampu signal..haish...kesian betol)


(3) Merebut tempat letak kereta dengan orang yang terdahulu menunggu parking tersebut.


(4) Memotong sesuka hati walau di tempat yang tidak sepatutnya..


(5) Bercakap kuat ketika dalam telefon (halamak..adakah saya juga termasuk dalam ini kategori??)


(6) Tidak memberikan tempat duduk kepada ibu mengandung, orang kurang upaya dan warga emas ketika menaiki pengangkutan awam...... (selalunya buat-buat tidor dalam tren..walhal, dah nampak dah ader golongan-golongan yang lebih memerlukan tu)


(7) Memaki hamun atau bercakap kasar dengan orang lain.


(8) Tak reti nak berterima kasih


(9) Bercakap dalam panggung wayang


(10) Memotong barisan (terutama masa nak beli makanan)


(11) Penjawat awam terutama yang duduk di kaunter perkhidmatan sangat susah mau senyum...kadang-kadang, tak mesra pun...

Jadi, adakah korang pernah buat perkara-perkara di atas??

Tak boleh salahkan orang lain kan..sebab kita sendiri yang meletakkan Malaysia di ranking ke 34...ulang suara...ke 34 daripada 36 negara......

Apa-apa pun, semua negara itu adalah antara negara yang rakyatnya bersopan....kiranya, Malaysia memang antara negara yang bersopan...cuma, ranking tu tak berapa nak baik sangat di antara 36 negara tu..Yela..Malaysia kan terkenal dengan sifat rakyatnya yang mengamalkan "Budi Bahasa Budaya Kita".....

Marilah bersama kita ubah sikap kita....

Kerana kita rakyat Malaysia (pagi-pagi nih semangat patriotik lebih sikit.hihihi)

Sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Makanan Sihat untuk Bersahur

Assalamualaikum...

Roti john, popia basah, kambing panggang, popia kering (popia goreng la tu), kuih lopis, kuih abok-abok, ikan bakar, air cendol, air mata kucing, dan macam-macam lagi.......

Pergh!!apehal la saya nih dok citer pasal makanan pagi-pagi buta nih..di bulan Ramadan pulak...hihihi....

Terliur ka?? 
Mesti tak munye la kan..awal lagi kot...baru bape jam lepas sahur...ke memang korang dah lapar dah??baik ngaku cepat..ha..ha....
Ke ada yang tak bersahur??sebab takde selera nak makan...tak pun, sebab malas nak bangun..kuikuikuikui (sebab saya kadang-kadang gini la....ngee :p)

Sebab pada arinih saya mau jadi pakar pemakanan sekejap..ala...sekejap je ek..hihihi....

korang nak tau tak apakah makanan yang sihat dan baik untuk diambil waktu sahur agar perut kita kenyang dalam masa yang lebih lama....

Almaklumlah..bulan puasa nih perut kita kosong di siang ari dan penuh di malam hari...betol kan..kan...
Jadi jum cekidout apa makanan sihat untuk kita untuk sahur......


Ketika bersahur anda disarankan mengambil makanan yang berasaskan tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan juga makanan yang berasaskan serat yang terdiri daripada roti dan juga air mineral dengan kuantiti yang banyak. 

Terdapat beberapa menu makanan yang disenaraikan di bawah baik untuk anda ketika bulan puasa yang mulia ini...

(1) Sayuran-sayuran dari serat hijau (Fibregreen)
Pengambilan sayuran hijau mampu melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan keinginan untuk makan. Selain baik untuk kesihatan dan juga perut, daun hijau seperti sederi dan juga lobak merah memang baik untuk proses penghadaman.
 

(2) Karbohidrat
Maksud bijirin adalah seperti roti serat yang dijual mempunyai kandungan gandum (Wheat) . Anda boleh memakan roti putih namun lebih digalakkan memakan roti yang terdiri daripada bijirin kerana rotinya lebih tebal akan membuat anda lambat lapar. Selain daripada itu juga variasikan menu anda agar tidak bosan, pilih la menu dari produk kekacang seperti kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. Penuhkan dengan menu tersebut agar anda kekal cerdas untuk bekerja di siang hari.
 

(3) Makanan protein
Kurangkan memakan nasi tetapi lebihkan pengambilan lauk dari menu berasaskan daging, terutama sekali dari resepi ikan. Ikan sememangnya antara menu yang harus anda hidangkan untuk seisi keluarga ketika bersahur.
 

(4) Kurma
Sebelum tamat waktu bersahur, seelok-eloknya pengambilan kurma harus dititikberatkan kerana kurma adalah antara makanan yang memang penuh dengan khasiat dan vitamin, antara khasiat yang terdapat di dalam kurma adalah seperti, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

(5) Air
Meminum air kosong dengan kuantiti sekurang-kurangnya 3 gelas.


 **Sumber dipetik dari yahoo & ditambah oleh diri sendiri mengikut diet harian...eceh..

Sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Ramadan Ya Ramadan

Assalamualaikum.....





"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh  Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja,  dengan ini saya mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri  seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu 21 Julai 2012. Sekian, wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh"......


Begitulah pengumuman yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad....


Tapi suasana tuh bese-bese jer kalau umum puasa kan..tapi, kalau raya, pergh....semua melonjak-lonjak, terkinja-kinja kegembiraan kan..kan..kan


Semoga Ramadan kali ini akan memberi 1001 keberkatan buat kita semua.....Mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah kata, tersentap kat mana-mana....


p/s : rindu la nak nak dengar pengumuman puasa daripada Engku Tan Sri Ibrahim...sebab memang naik la 'feel' time beliau umumkan tu...huhuhuhu :(

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Ameera

Assalamualaikum....

Mood arinih masih lagi teringat-teringat, terngiang-terngiang, terpinga-pinga...semua nih gara-gara episod akhir drama bersiri mirinda...eh..eh...silap pulak..slot samarinda kat tv3 semalam....

Memang rasa tacing abis lah kesudahan citer tu...bkn hepy ending..very sad ending...hohohoho....


Mati pulak abg sol saya..aish....menangis daku.....




Cantek kan beliau ini.....

**gambar dipetik daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu mr google...thanks mr google...hihi


Memang seronok cite nih..bagi saya lah...bukan sebab nama cite nih ala-ala nama saya...tapi sebab memang best la...lagipun suka tengok Rita Rudaini yang catik menawan itu...dan Zarina yang mantop lakonannya....

Bukan lah terlalu taksub dengan drama Melayu..tapi mungkin kita boleh amik pengajaran dalam citer tu...yang paling insaf dalam cite nih haruslah mak mertua Ameera tu.....diharap, mak mertua dan yang bakal jadi mak mertua tu, janganlah terlalu memandang hina, rendah, keji terhadap menantu..... (bebelan macam mak cik kiah propa)

Sekian~~

p/s : saya minat lagi citer Ameera daripada cite dejavu di kinabalu....

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Wordless Wednesday#10 _ Tumbesaran

Assalamualaikum....



Semakin hari semakin dewasa dan harus terima hakikat bahawa zaman remaja telah pun ditinggalkan...Harus menjadi lebih matang untuk hadapi segalam cabaran yang bakal mendatang.....

p/s : pemilik blog ini masih belom mampu terima hakikat umur dah dewasa.....masih lagi kebudak-budakan...hihihi (^_^)

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Undilah Lyssa

Assalamualaikum....


Petang-petang yang mengantok gini, dengan hujan yang turun membasahi bumi, memang menambahkan lagi kesyahduan di hati untuk menikmati tidur..tapi apakan daya, daku tak berdaya...eceh...


Undilah Lyssa!!!


Apahal la tiba-tiba nih ek..dah macam PRU lak...ok ini bukan PRU tapi ini adalah panggilan dan seruan kepada anda-anda semua untuk mengundi Cik Lyssa Faizureen blogger pemes amos kita nih dalam Levi's Curve ID Blogger Award....



Cara nak mengundi :


2. Tekan LOGIN di bahagian kanan PC anda .

3. Register terlebih dahulu !

 


4. Isi apa yang patut . Dan sila check email anda selepas registration successfully . Click Here yang Lyssa anak panahkan tu untuk activation link .


 

5. Kemudian , korang LOGIN balik menggunakan email yang korang register tadi tu .

6. Tekan nama "LYSSA" . Scroll down sampai bawah dan TEKAN VOTE !


** Cara-cara nak memasak eh..eh...mengundi adalah dikopi daripada blog Lyssa sendiri...hihi (boleh yer cik Lyssa??)

jadi, jum lah undi ramai-ramai.....saya pun dah bukak link tu..tinggal nak mengundi jer nih...oopsss...kena daftar dulu..hihi

Sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Bukan Bidadari

Assalamualaikum....

Saya bukanlah wanita yang lemah lembut..suara saya tidaklah sehalus mana....kadang-kadang terdengar kekasarannya....

Saya bukanlah wanita yang tinggi pelajarannya...tapi Alhamdulilah sudah mempunyai kerjaya tetap untuk masa depan saya....

Saya bukanlah yang master dalam memasak macam Dr Ezani...

Saya bukan siapa-siapa...

Sebab saya hanya orang biasa..

Harap kamu sudi terima apa adanya...

Sekian~~


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Ketawalah

Assalamualaikum....

Kalau entri sebelum nih saya cite pasal "Menangislah", kali nih kita tukar mood gumbira...ketawalah...

hahahahahahahahahahaha (yela..kata ketawa kan....nih la dier namanya ketawa terbahak-bahak)



Tau tak korang sebenarnya di sebalik ketawa ada seribu satu kelebihan yang boleh kita dapatkan....Antaranya;

(1) Ketawa ubat segala penyakit

(2) Ketawa sebagai penawar duka

(3) Ketawa merangsang ketenangan jiwa

(4) Ketawa melegakan ketegangan otot
:. Otot-otot tubuh badan bekerja seperti sedang bersenam apabila seseorang itu ketawa bersungguh-sungguh.

(5) Ketawa boleh membantu menguruskan badan
:. 80 jenis otot-otot tubuh badan akan mengecut dan berehat secara berirama terutama di bahagian perut, belakang badan dan muka.

(6) Ketawa adalah salah satu senaman 
:. Kesan kesihatan sama seperti berlari sejauh 10km.

(7) Ketawa boleh menghilangkan rasa sengal badan

(8) Ketawa boleh meremajakan wajah

(9) Ketawa boleh meningkatkan kadar denyutan jantung

(10)Ketawa boleh melancarkan perjalanan darah
:. Meningkatkan tekanan darah semasa ketawa, dan selepas ketawa berhenti , tekanan darah kembali normal. Proses ini membantu menurunkan darah bagi penghidap darah tinggi.

(11) Ketawa meningkatkan paras oksigen dalam darah
:. Kemudian oksigen akan mengairi sel dan saraf otak. Tindakan fisiologi nih akan menyegarkan minda dan tingkatkan daya tumpuan. Kekurangan oksigen menyebabkan mengantok.

(12) Ketawa memanjangkan usia
:. Kajian menunjukkan seseorang yang suka berjenaka lebih sihat dan berpeluang hidup lama. (tapi ajal dan maut ketentuan Allah swt)

(13) Ketawa memperbaiki hubungan sosial 
:. Individu yang mudah membuat orang ketawa biasanya lebih disenangi.

Jadi jumlah kita ketawa sama-sama...tapi ingat tau, JANGAN;


(1) Terlebih ketawa sangat 
:. Bak kata orang tua-tua jangan suka-suka sangat nanti menangis pulak. (memanglah ketawa sampai meleleh air mata sebab tak hengat-hengat ketawanya...hehehe)


(2) Ketawakan orang lain
:. Tak baik tau ketawakan orang lain...nanti orang yang kita ketawakan tuh sentap hati mak nak pulak...

(3) Ketawa secara tiba-tiba
:. Takde sebab tiba-tiba ketawa jer.patu, ketawa sorang-sorang pulak tuh.memang nanti kena cop 'orang gila'..

(4) Ketawa masa keadaan serius
:. Janganlah ketawa kalau takde benda lawak atau time-time orang betol-betol tengah serius..memang kau cari nahas...

(5) Ketawa mengilai-ngilai
:. Aish..memanglah ko horror sangat...gelak kau bikin scary....lari tau orang dengar gelak cenggini.

(6) Ketawa buat-buat dan sangat tak ikhlas
:. Buat orang rasa kau sangatlah menjengkelkan....

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita ketawa.....
Tapi, ingat tau..
Harus kena pada masa dan keadaannya..
Jangan keterlaluan....sebab menurut hadis.... Janganlah kalian banyak ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati.” (HR. At-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh Al-Albani)
Dan apa yang penting, ketawa lah untuk menggembirakan hati orang dan hati sendiri.....

p/s : saya memang kuat gelak....tapi kalau dah tak larat gelak, sengih jer la yang mampu...hihihi (^_^)

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Perlu ke sentap?

Assalamualaikum....

Sentap hati mak nak...Perkara apakah yang akan membuatkan korang sentap ek?

Saya nih kadang-kadang penyentap gak orangnya...tapi saya sedar saya pun selalu bikin orang sentap sama saya juga....hihihi..(tak tau la yer ke tidak)

Agak-agak korang sentap tak ngan ayat-ayat yang tertera di bawah ini;

Ayat 1:

"Dah la muka tak cantik, nanti bertambah lagi lah ketidakcantikannya tu"...

Ayat 2:

"Memang patut takde boypren sampai skang...muka tak lawa langsung"....

Ayat 3:

"Sampai bila pun tak kawen lah kalau muka macam gini"

Sekarang, secara logik dan fizik nya, adakah anda (terutama perempuan) sentap tak apabila membaca ayat-ayat itu....hihihi

Bagi saya, saya takkan sentap kalau cara percakapan dan cara penyampaiannya adalah secara bergurau senda dan bergelak tawa....

Tapi, saya sentap bila ianya memang serius walaupun saya tau dan sangat yakin memang itu kenyataan diri saya....  (^_^) (think positive and be positive) katanya....

Saya memang tak cantik, tak lawa, tak cumil, tak ayu, tak lemah-lembut, tak lemah gemalai....tapi...

Saya gadis biase-biase dalam kehidupan sederhana dan sentiase mendamba bahagia hingga ke hujung nyawa dan Insya-Allah hingga ke syurga.....

ooopsss lagi satu...
Rupa tu kan kurniaan Tuhan...jangan dipermainkan yer....
Cinta bersandarkan rupa, akan pudar tatkala usia meniti senja.....
Cinta dari hati yang ikhlas dan suci akan kekal hingga ke akhir nanti (^_^)


p/s : jum...pakai botox...hahaha (gurauan jer nih...klu betul-betul ni memang mintak kena pelangkung ngan bapakku secara terhormat)  :p

Sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Giveaway Craft n Crochet 2 By Tihara

Assalamualaikum...


Dengan rasa berbangga nya, saya untuk kali kedua arinih, menjoinkan diri lagi dalam Giveaway...hihihi

Adeh...dah lama tak join aktiviti cenggini, tuh yang meroyan sekejap...nih jap lagi mau join macam-macam acara lagi nih...hihihi

Sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

GA GreenyHouse

Assalamualaikum....


Di petang yang mulia, secara hati terbuka dan suka-suka nya, saya join ini Giveaway from far far away....hehehe

Kepada semua bloggers, jum la uolls kite join sama-sama yer..yer..yer....

tata titi tutu

Sekian~~


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Senyum vs Sengih

Assalamualaikum...

Salam Jumaat kepada semua bloggers, bukan bloggers, kawan bloggers, sedara bloggers dan jugak pelayar internet yang setia.....

Jumaat adalah penghulu bagi segala hari....Jumaat antara hari yang baik untuk berbuat lebih pahala....
Paling bagus kalau bersedekah...

Sebut tentang sedekah, bukan sedekah duit, harta, makanan ataupun benda-benda lain...
Tapi...SENYUMAN pun dikira satu sedekah tau....

Senyum tak payah bayar...percuma jer....dan paling mudah untuk dilakukan tak kira di mana saja anda berada, tapi harus sesuai mengikut masa dan ketikanya..

Jangan senyum sorang-sorang..bahaya...(tapi selalu ramai yang senyum sorang-sorang bila dapat sms dari yang terchenta)

"Biar banyak SENGIH...Jangan banyak songeh".... (pinjam jap tagline diri sendiri)

SENGIH tuh sama ker ngan SENYUM??

Ada beza sikit la...Meh...meh saya nak habaq kat hampa semua....

SENYUM bermakna;

:. Gerak bibir yg ternaik pd hujungnya yg membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dan sebagainya)
(dari laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu )

SENGIH bermakna;

:. Membuka mulut sehingga menampakkan gigi (tak kira la warna gigi apa...putih ke..kuning ke...putih kekuningan ker....kuning keputih-putihan ker)

SENGIHAN pulak adalah 'hasil perbuatan menyengih'...jadi, senyuman pulak adalah 'hasil perbuatan menyenyum...eh..eh...macam pelik di situ)....

Senyum ada macam-macam jenis senyum;

(1) Senyum Ikhlas

:. ikhlas dari hati nurani yang suci dan murni melaui pemeringkatan dua kali (macam minyak macam cap Seri Murni pula)

(2) Senyum Terpaksa

:. Sebenarnya, tak suka, rasa menyampah, rasa menjengkelkan kat seseorang tu..tapi terpaksa senyum sebab nak jaga hati katanya.

(3) Senyum Tawar

:. Dalam hatinya sakit, kuciwa, terluka, tapi menyembunyikan perasaan itu di sebalik senyuman.

(4) Senyum Kambing


:. Dibuat-buat untuk mengejek

(5) Senyum Kucing

:. Ada muslihat di sebaliknya

(6) Senyum Kanyur

:. Dibuat-buat ketika marah

(7) Senyum Manis


:. Senyum yang penuh rasa mesra

(8) Senyum Simpul

:. Menunjukkan kegembiraan

(9) Senyum Sumbing

:. Senyum yang sedikit sahaja (ala-ala mulut sengit sikit)

(10) Senyum Pahit

:. Dalam kesusahan tapi senyum untuk melahirkan rasa gembira dengan memaniskan muka


Sengih pulak;


Tersengih.sengih...menyengih.....sengihan.....(imbuhan jer beza..makna sama)
p/s : senyumlah walau kamu disakiti :)

SEKIAN~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Menangislah

Assalamualaikum....


Menangis...
Semua orang menangis...



Perempuan terutamanya...tak ketinggalan lelaki juga...
Ramai orang kata perempuan ni kuat menangis...cembeng...cengeng....
Sikit-sikit nak emosional....


Memang perempuan diciptakan sebegitu rupanya....memang perempuan nih adalah gender yang agak sensitif dan sesentap...tapi biar lah sensitif itu kena pada masa, tempat dan keadaannya..kalau emosi terlampau itu gedik namanya....hihihihi (macam kenakan diri sendiri jer ayat nih...hehehe)


Tapi,
bukan perempuan jer yang menangis tau...lelaki pun menangis...


Mungkin tak dinampakkan sebabnya lelaki dilahirkan sebagai insan yang gagah perkasa...dilahirkan sebagai pemimpin dan seorang pemimpin perlu kuat menghadapi cabaran...kadang-kadang, ego juga membuat mereka menangis di belakang tabir....


Tapi ada jugak keadaan tertentu yang kita boleh melihat lelaki menangis dengan ketara iaitu waktu menghadapi kematian orang yang disayang, kehilangan sesuatu atau seseorang yang terlalu berharga dan selepas akad nikah (tapi selalunya perempuan yang sebak nih).....


Menangis lah...
Sebab sebenarnya ada kebaikan di sebalik menangis.


(1) Dapat melegakan perasaan sedih, kecewa dan terluka


(2) Membuang toksin dari dalam badan.


(3) Terapi yang berkesan dalam Islam, bermuhasabah diri dan mengingatkan diri tentang kebesaran Allah swt.


(4) Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.


(5) Meningkatkan kadar denyutan jantung.


(6) Tangisan dapat menghalang penyakit dalam tubuh.


(7) Dapat meredakan tekanan.


(8) Air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ia dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.


Kata orang, menangis nih memperlihatkan perbadi yang lemah....betol ker?


Saya tak setuju.....sebab kalau kita terlalu memendam rasa, sama lah macam menyakitkan diri sendiri....
Memangis itu bukan untuk tunjukkan kita lemah tapi adalah satu cara bagi kita meluahkan kesedihan di hati...cuma cara dan tempatnya serta keadaannya perlu betol..


Janganlah pulak melalak, berteriak....memangis pulak depan orang ramai....menangis tiba-tiba tanpa sebab...


Menangislah di dalam bilik....menangislah untuk menenangkan hati...sambil memujuk diri...


Jangan menangis di dalam hati....


p/s : saya memang cengeng orangnya.....hihihi

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Giveaway from Irinblogspot

Assalamualaikum...


Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia....
Saya dengan sukacita dan suka hatinya menjoinkan diri dalam segmen yang diseponser oleh Irinblogspot nih...
(dah macam nak buat pengucapan awam dah)

Dengan tertaip nya entri ini, maka dengan rasminya saya telah pun rasmi menjadi peserta untuk segmen ini...
Saya sangat suka..suka..suka sangat join GA yang diseponser oleh blogger lain sebab saya memang suka lah...

Oleh itu, majulah GA untuk industri perbelogan...

Sekian~~

p/s : maafkan kami penunggu belog kalau entri nih terlalu merapu.... (^_^)

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Wordless Wednesday#9_ Sembunyi

Assalamualaikum...


Berkongsi perasaan dengan orang lain especially orang yang kita rapat, adalah perkara yang boleh membuat kita merasa lebih tenang.....bak kata pepatah omputih, "sharing is caring".....

tapi..
tak sume perkara dapat kita luahkan atas dasar mungkin takut kesalahfahaman...
perasaan sedih terpaksa disembunyikan....
dan akhirnya, terzahirlah senyuman dengan penuh keterpaksaan....

p/s : kata wordless, tapi macam panjang jer bebel....luahan perasaan katanya....

Sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Ipad Mini

Assalamualaikum.....



Ipad...oh..Ipad...tetiba berkeinginan benar nak pakai gadget nih...sibuk jer kan..orang lain dah belambak-lambak gadget, yang saya baru terhegeh-hegeh dan tergedik-gedik mau pakai....hihihi

Tapi memang la rasa macam teringin miliki kamu wahai Ipad mini..marilah datang padaku...come to mama babeh!!

Katanya, saiz Ipad nih lebih kecik iaitu antara 7 hingga 8 inci dan lebih murah berbanding Ipad yang sebelom nih...

sumber berita ihsan dari : bloomberg

jom..jom kita sama-sama kumpul duit dan tunggu ia di pasaran....oh yeah!!

p/s : beriya jer...nanti sampai masa tak beli pun..tapi kalau beli, harap-harap nasibnya takkan sama macam kamera digital dan GPS milik saya yang telah dengan tangan saya sendiri menjahanamkannya....(kalau orang lain yang rosakkan boleh la mintak ganti rugi...hihihi)


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Poket yang kekontangan

Assalamualaikum....

Adeh...bulan nih jer rasanya dah belanjakan duit lebih daripada gaji yang dibayar oleh rakyat jelata.....mane tak nya, macam-macam bayaq nih...huhuhuhu....

Korang pernah rasa camnih tak?ker korang sememangnya banyak duit sampai tujuh keturunan tak abis makan atau memang korang pandai menyimpan atau korang pandai uruskan duit sebab korang kerja kat AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit)....

Adakah korang akan buat macam nih kalau rasa macam poket tuh dah kekeringan??

(1) Tercari-cari kat koleksi beg yang ader (tak kira lah jenama ape..termasuk lah yang dibeli di butik PS a.k.a Petaling Street)

(2) Terkorek-korek poket seluar, poket baju kemeja dan poket baju kurung. walaupun hanya ade patikel dan zarah-zarah halus atau lebih dikenali sebagai habuk-habuk jer dalam poket tuh.....

(3) Korek tabung ayam....(padahal tinggal sekupang jer....huhu)

(4) Tekan duit kat mesin ATM...lalu mesin tu pun berkata "transaksi anda tidak dapat diproses"..sila jangan cuba lagi....hihihi...sebab dah memang takde duit nak keluarkan dah la tu..pastu, jangan pulak nak mengada-ngada pegi kaunter bank tanya kat kerani kaunter bank yang cantik molek itu kununnya kad korang ader problem sebab tak boleh nak keluarkan duit...hihihihi

(5) Mencari-cari kawan-kawan yang boleh jadi 'Along' yang baik hati...tapi selalunya yang bermurah hati adalah mak dan ayah ler....sebab boleh pinjam tak payah bayar konsepnya.....(aish..teruk betol)...

(6) Pinjam kat along yang betol-betol along atau dikenali sebagai 'Along Bukuit Beluntung...

(7) Asyik dok tenung-tenung, renung-renung, menung-menung tengok kalendar menghitung hari sambil bercakap sorang-sorang...."lambatnya nak tunggu gaji seterusnya"....

(8) Baru lah nak berjimat cermat segala bagai...barulah kata "aku tak nak soping ape-ape dah...sume dah cukup..tak payah membazir la beli barang online nih"....(tapi, bila tengah ader duit, ayat tu dah jadi lain..tangan tu main klik 'add to cart' jer)

(9) Mula terpikir nak cari kerja-kerja part time....cari jela...tapi nak buat belom tau...hihihi

(10) Bawak bekal pegi tempat keje...tapi ader jugak mereka-mereka yang malu...jadi, bagi alasan kunun nak berpuasa sunat dan berdiet sebab nak kecikkan lagi pinggang yang dah sedia kecik (sebenarnya poket yang mengecik)
bag of money

kan best kalau duit banyak cenggini...huhu :p

Nampaknya, memang saya perlu terus berjimat-cermat..tanpa membuat sebarang pembaziran..tapi kalau sekali-sekala soping banyak-banyak, takpe kot kan..kan..kan...

Sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Sensitif atau Positif

Assalamualaikum.....

Hai peeps....(peeps kunun....macam la ader yang gemar nak stalk ini belog)...perasan macam blogger pemes amat...hehehe

Citer pasal sensitif, sememangnya ramai yang akan kata selalunya perempuan adalah golongan yang memang sangat sensitif a.k.a sesentap....mudah sangat amik hati, terasa hati, sakit hati dan patah hati.....selalunya yang buat kita sensitif adalah perkara-perkara cenggini;

(1) Orang cakap kasar

(2) Kena marah

(3) Kena tegur tentang kelemahan dan kesalahan

(4) Orang yang disayang tak hengat tarikh penting untuk diingati

(5) Ade orang buat perkara yang menjengkelkan pada kita

(6) Kena perli

(7) Ditegur tentang fizikal (contohnya perkataan gemok, kurus kering, hodoh, busuk, dan ........)

Sensitif nih berpunca dari hati la kan....sume penyakit berkaitan hati la...jadi, hati pun kena la hati-hati dalam menilai kan...kadang-kadang, mungkin orang yang menjadi penyebab yang menyebabkan kita tersentap itu sebenarnya takde niat pun nak sentapkan hati kita nih..(pikir positif)


Jadi, jom lah kita positif bersama....

(1) Anggap teguran dari orang lain tu untuk kebaikan

(2) Anggap lah kununnya orang yang marah kita tu 'datang bulan' (kalau pompuan la)..kalau lelaki yang marah tu anggap lah dier perubahan hormon...hahahaha....(munasabah ka??)

(3) Anggaplah orang yang lupa tarikh penting tuh, sibuk dengan keje-keje atau masalah-masalah peribadi yang dihadapi...segala kesulitan amatlah dikesali katanya......

(4) Anggaplah mereka tidak sengaja....dorang bukan Olay total white perfect nak jadi perfect atau pernah jadi prefect masa kat sekolah...

(5) Anggaplah perlian itu satu pujian.......

(6) Anggaplah mereka tak sengaja terlukakan hati kamu tanpa disedari..mungkin terlupa kalau dorang mengata pasal fizikal, sama lah macam mengeji ciptaan Allah....kan..kan..kan

(7) Anggaplah orang yang cakap kasar tuh dah memang suara nya ghupe itu...kadar kenyaringan suara yang dimiliki mungkin setinggi penyanyi soprano sehingga mencapai satu setengah oktaf jaraknya boleh didengari dengan kadar 140 desibel (kadar bunyi masa kapal terbang take-off).....

Sumenya 'anggap' jer...memang anggapanmu.....

Jadi kesimpulannya, kita kena positif dan jangan terlalu sensitif....Okey..ayat nih untuk saya sebenarnya.....hehehe.....Yer...marilah kita bersama menjadi lebih positif....

tapi...
kalau ader orang yang melampaui tahap kesabaran yang cemerlang nih, mengata melebih-lebih, perli yang keterlaluan, ha....memang nak kena cili mulut beliau tuh....hahaha

oppsss...
tak boleh...tak boleh gitu....kadang-kadang saya juga mungkin ader guriskan hati orang lain tanpa sengaja atau memang tak sengaja lah...hihihi.....jadi, harus tetap dengan pilihan tadi...POSITIF....huhu...

jum lah kita cube jadi POSITIF selalu....huhuhu....

p/s : bukan senang nih nak capai matlamat yang nih....tapi harus mencuba....semoga berjaya untuk saya...

sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie

Assalamualaikum...


Hamboih..dah petang-petang cenggini tetiba ter 'ade' mood mau join segmen....

Disebabkan dah pun masuk pertengahan tahun, maka tu yang incik penaja letak tajuk segmen 2nd half year tuh..sekejap jer masa tu berlalu kan.....rasa macam baru jer masuk tahun 2012..tak lama lagi nak countdown lagi tahun baru...hihihihi

Okey..mau hentikan segala leteran, bebelan, kemengarutan dan kemerepekan di sini...jom..join...



Sekian~~


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Moody Monday # 3 _ Dejavu



Assalamulaikum....

"Mengantuk tahap gaban weh".....
Itulah perkara yang sedang saya alami sekarang....huhuhu...aish...suka hati melentok di meja kerja jam-jam segini....jadi, bingkas saya bangun lalu tangan mencapai tetikus dan papan kekunci seterusnya menaip post baru untuk belog  (pergh!!penggunaan Bahasa Melayu yang sangat mantap di situ...huhu)

Tetiba dejavu....kenapa time moody-moody di ari Isnin nih cite pasal dejavu lak nih...nih semua gara-gara sangkut dengan perkara-perkara kat bawah nih;

(1) Window Media Player pada PC berjenama Hp nih asik memutarkan lagu Dejavu nyanyian penuh perasaan dari Shila Amzah berulang kali..sampai saya rasa memang dah boleh 'feel' lagu nih...feelin abis lah....

(2) Drama Dejavu di Kinabalu....jalan cite best....tapi kadang-kadang tak bape minat sangat tak tau kenapa...mungkin sebab tak suka bila si nadira tiba-tiba berubah hati kepada amar sedangkan tunangnya si bazli tu sangat lah sayangkan beliau....aish..tetiba rasa tak suka bab berubah hati nih.....(emosional terlebih lak)....
(3) Mimpi yang fantasi berlaku di alam realiti.....banyak kali dah jadi...kalau mimpi yang best okey la kan..tapi kalau tak best, biarkan lah ia terus jadi mimpi saja....
Kalau korang yang belum tau nak tau ape tu dejavu..... Perkataan Dejavu tuh sebenarnya berasal daripada perkataan Perkataan Deja Vu berasal daripada Bahasa Perancis yang bermaksud 'already seen' ataupun dalam bahasa melayu 'pernah dialami"
Sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Bukan Ahmad Nisfu...tapi Nisfu Sya'aban

Assalamulaikum...

Salam nisfu Sya'aban untuk sume umat Islam.ha..jangan kang ader yang tak tau ape itu Nisfu Sya'aban, dibantainya kata Ahmad Nisfu yang tuan direktor tuh pulak...hihihi

Di malam yang penuh rahmat nih, saya ingin mohon maaf secara terbuka di sini kepada semua yang kenal rapat, yang kenal gitu-gitu jer, yang tak berapa nak kenal, yang kenal tapi ingat-ingat lupa, yang kenal tapi buat-buat tak kenal dan yang tak kenal dan tak cinta....hihihi...

Malam Nisfu Sya'aban merupakan malam yang penuh dengan barakah..Buku catatan amalan kita akan dibawa naik oleh malaikat..dan akan ditukar dengan lembaran baru.....

Alhamdulilah....tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan....semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk menyambut kedatangan bulan mulia yang hanya datang sekali dalam setahun...

**Selingan : arinih pun ari jadi abah....hehe..walaupun dah wish secara personal, nak jugak wish kat belog nih (padahal abah tak baca pun belog..hihi).....happy besday abah...semoga panjang umur dan murah rezeki...terima kasih kerana jadi abah yang sangat baik untuk saya, walaupun saya adalah degil dan suka makan bergedil....

Sekian ~~
♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Jadikan Aku Pilihan Terakhir Hatimu



Assalamualaikum....


Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah agar kita lebih menghargai orang yang menyanyangi kita pada hari ini...

Tak perlu kita ingat lagi segala kisah lalu yang pernah kita lalui dulu.....Saya akan pujuk hati ini, supaya tak pikir hal-hal terdahulu yang pernah terjadi pada kamu....pada diri saya sendiri....

Saya tak akan lagi kesali segala kepahitan pernah saya lalui dulu...Sokongan kamu adalah semangat hidup saya kini.....

Tak perlu kamu ingati kemanisan waktu dulu....sebab saya janji akan beri yang terbaik juga untuk kamu.....Jangan pernah ada perbandingan...kerana saya..dia.......dan juga dia......... sememangnya buka orang yang sama...

Saya mungkin bukan yang terbaik di antara yang terbaik..tapi saya takkan berhenti mencuba menjadi yang baik buat kamu....

"Kepada lelaki masa depanku, andai kamu rasa akulah rusuk kirimu kamu, jadikanlah aku pilihan terakhir hatimu"..........

Sekian~~

p/s : jiwang sekali sekala tak salah kot??hihihi

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Moody Monday # 2 _ Warisan Dunia

Assalamualaikum...

Memang la Monday blues kan...aish..tak sabar rasenye mau tunggu pukul 4.30 petang..mau ca alip but..cabut la...hihihi

Nape la ek...asal ari Isnin je, mesti cenggini perasaannya....asal perasaan cenggini jer, mesti ari Isnin...ceh..salahkan ari pulak yer...puih...dah memang sendiri bikin mood itu macam kan..hihihi

Ok la...walaupun moody-moody gini, tapi tak lah moody sangat sebab ceria la jugak pasal dapat makan free...a.k.a tak payah kuar duit sendiri untuk makan piza....yahuuu!!!

Okey...sebelom mengundurkan diri secara terhormat, sila ucap tahniah buat Malaysia yang tercinta kerana Lenggong berjaya menjadi Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO...Syabas! Tahniah! Congrats! kepada sume warga Malaysia terutama warga Jabatan Warisan Negara & orang kuat JWN iaitu Datin Paduka Prof (EM) Zuraina Majid......Selepas Melaka dan Penang, sekarang giliran Lenggong pulak...

Sila hayati gambar-gambar ekslusif ini....



Nak tau lebih lanjut boleh lah melayari ke laman sesawang rasmi Jabatan Warisan Negara ....
Kalau nak tau lebih lanjut pasal arkeologi Lembah Lenggong boleh klik sini...

Sekian~~


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Felicidades Spain!

Assalamualaikum...

VIVA ESPANA!!

Syabas! Tahniah! Congrats! Felicidades!

Kepada Juara untuk EURO 2012....

Sepanyol....

Walaweh..walaupun saye bukanlah peminat tegar atau penonton bola sepak yang berwibawa, tapi saye berasa gembira atas kemenangan Sepanyol.....

 
Memang saye dah menjangka kemenangan Sepanyol...dalam HATI jer..tak pernah uar-uarkan pada sesape..eceh...bukan sebab malu kunun nak sokong bila dah menang..tapi sebab saye bukanlah penonton setia bola sepak nih..tetiba kang nak letak status kat pesbuk, sume orang pelik bin ajaib pulak....jadi, update blog jela...saje nak berkongsi kejayaan Spain itu.....hahaha....


Pape pun...syabas lah untuk Spain....syabas untuk Torres juge yer..antara pemain bola yang saye kenal & ader jersi nama beliau tau...hehe....pasnih, Chelsea kene jadi team pilihan kesukaan la ek...hihi

okey..sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia