Review Blog By Ujang

Assalammualaikum...


 Nih lah header blog shaye....ok..sebelum ader yang memuji, mengeji, shaye mengaku la bahawesenye sememangnyer header shaye cantik, menarik, tertarik dan agak gedik..... (perasan tahap gaban)

Klasifikasi belog : U (untuk tontonan umum)....nih telah disahkan oleh shaye sendiri

Tujuan belog nih diwujudkan:

(1) Banyak citer sangat
~ kang banyak sangat cakap pot-pet pot-pet, orang malas nak layan kan..jadi, shaye layankan la kat belog shaye nih...ader sape berani marah?? (^_*)

(2) Mengisi mase lapang yang dah macam lapangan
~ shaye adalah budak baek yang jarang berjimba-jimba dengan rakan sebaye, jadi mase lapang diisi dengan melakukan aktiviti yang membawa manfaat (yer..yer sangat la tak berjimba nih)

(3) Kejelesan Kecemburuan
~ sonok tengok orang laen berbelog shaye mau jugak!!!

(4) Mau kan populariti macam selebriti
~ hamboih...nih la akibat berangan banyak sangat...huhu..berangan mau pemes seperti hamis jalikha...(memang la berangan nak mampus...huhu)

ok..dah cukup berleter macam mak cik joyah....harap-harap Tuan Ujang yang kacak bergaya, lagi macho giler tambahan pule hensem giler (hahaha..bukan kipas dah nih..nih tahap air cond nih)


p/s penaja : mau terus menaiktaraf belog nih setanding blogger terkenal (tinggi benor cite-cite teman nih)
♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Hang Tuah Adalah Bangsa Melayu Sejati

Assalammualaikum.....

Peringatan : Ini Sebuah Entri FAKTA BUKAN AUTA

Sejak ader teknologi yang canggih manggih nih, sume maklumat ujung jari telunjuk sebelah kanan..macam-macam maklumat pun bole dapat la...yang fakta ke yang auta ker..yang benar ker..yang tersasar ker..sume pun ader...

Blog, ade la salah satu medium menyampaikan maklumat ..Penulis blog bebas nak tulis ape pun...(termasuk penulis blog nih yer..hehe)...tak kire la pasal diri sendiri, pasal orang lain, pasal artis....nak memuji, mengeji, mengutuk, mengata, dan seangkatan dengannye la...

Tapi..amat mengecewakan bile ader penulis yang menulis artikel mempertikaikan tentang sejarah negara yang sememangnye membawa impak yang besar dalam institusi kenegaraan kite...

Tuah berasal dari negara China...
Ini lah artikel yang ditulis oleh seorang penulis yang sememangnye langsung tak bertanggungjawab..
Shaye tak nak kupas pasal artikel beliau nih...tp shaye mau korang sume bace jawapan kepada pertikaian tuh daripada salah seorang penyelidik sejarah yang sememangnye arif tentang perkara nih....
Nih jawapan beliau :


Hiraki panggilan nama masyarakat Melayu zaman dahulu (Melaka) adalah ‘Raja’ (tertinggi) ‘Tun’ (Tokoh/Birokrasi).
’Hang’ dan ’Dang’ (wanita) bagi golongan orang ‘baik-baik’ bebas, merdeka (bukan hamba/abdi), dan ‘si’ bagi kanak-kanak, hamba/abdi atau mereka yang dicela (si Jebat Derhaka)(Si Kitul). Panggilan ’Hang’ bukannya suatu gelaran anugerah, dan bukan untuk Hang Tuah berlima saudara sahaja. Bahkan yang lain-lain (Hang Isap, Hang Isa Pantas). (Lihat Kasim Ahmad dalam ’Perwatakan Dalam Hikayat Hang Tuah). Panggilan ini telah pupus, kecuali ’Tun’ yang masih terdapat di Dungun/Hulu Terengganu (anak cucu Tun Ali Indera Bungsu yang berundur dari Johor Lama (1720an).
Begitupun ’Tun’ telah digunakan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama) sebagai suatu gelaran anugerah darjah tertinggi negara. Tiada bukti yang berasas bahawa Hang Kasturi ialah seorang lelaki Melayu yang rapat dengan orang Cina sehingga turut bergelar ’Hang’. Ini negeri Melaka dan penduduk Melayu adalah golongan majoriti. Keadaan mungkin boleh diterima jika Kasturi, seorang Melayu yang hidup di negara China. Perkataan ’Han’ diguna pakai di negara itu untuk merujuk kaum Islam di Xiangkiang dan Xian Hze pada hari ini. Namun, mereka tidak digelar dengan ’Han’ di hadapan nama masing-masing. ‘Hang’ juga diguna pakai oleh masyarakat Melayu Utara Semenanjung untuk ganti perkataan ’awak’ dan digunakan kepada semua golongan/kaum.
Diksi kata ‘Tuah’, ‘Jebat’, ‘Kasturi’, dan ‘Lekir’ sememangnya dari perkataan Melayu yang membawa makna keberuntungan (tuah), sejenis bauan kasturi (jebat dan kasturi), Lekir (jalur putih) walaupun ‘Lekiu’ tidak dapat dicarikan maknanya. Menjadi budaya Cina akan menamakan seseorang lain mengikut sebutan mereka. Contohnya Netra menjadi ‘Ne the’ ra’, tetapi tidak menjadikan Netra seorang Cina. Tidak menghairankan jika ada ‘Hang Jee Fatt’ seumpama itu.
Mengikut Zainal Abidin Borhan, ‘Orang Laut’- Orang Melayu yang mendiami Kepulauan Riau dan menjadi tulang belakang kekuatan empayar Melaka, Johor-Riau mendakwa bahawa Hang Tuah berasal dari golongan mereka dan sedia menunjukkan pulau tempat kelahirannya. Secara pendekatan teks, ‘Hikayat Hang Tuah’ (HHT) menyatakan Hang Tuah berasal dari Pulau Bentan berpindah ke Melaka bersama keluarganya dan tinggal di Duyung. Sedang empat rakannya sedia asal orang Melaka.
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), naskah A dan B-kajian S. Samad Ahmad terdapat catatan khusus berkenaan asal usul Hang Tuah. Beliau ialah Daeng Mempawah, putera Raja Bajung (Bajeng), wilayah taklukan Goa (Raja Mengkasar) dibawa sebagai hadiah kepada Sultan Mansor Melaka sewaktu putera ini berusia 12 tahun. Ditukar namanya menjadi Hang Tuah, seorang yang pintar dan pendekar tersohor.
‘Sulalatus Salatin’ meriwayatkan perjalanan kerajaan Melaka secara berkronologi. Sultan berkahwin di Majapahit diiringi sembilan (9) hulubalang ’ayam tambatan’, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Sekandar (Iskandar), Hang Hassan, dan Hang Hussin. Dari segi ini, perkataan ’Hang’ lebih bermakna orang baik-baik, bersifat kepahlawanan; ’Adapun segala ’Hang’ kelakuannya; barang yang tiada terbuat oleh orang lain, dialah membuatnya’.
Selepas perkahwinan di Majapahit barulah disusuli hubungan Melaka-China apabila Puteri Li Po (Hang Li Po) dibawa ke Melaka bersama 500 isi istananya. Logiknya, Hang Tuah dan rakan-rakannya itu tidak berasal dari China dan berhijrah ke Melaka bersama puteri berkenaan.
Kesimpulannya, mengaitkan lima (5) pahlawan Melayu Melaka dengan isi istana Hang Li Po yang mendiami Melaka itu boleh dianggap sebagai satu cara, samada sengaja atau tidak, menghakis jati diri di kalangan Melayu negara ini.
Oleh : Encik Siri Neng Buah
Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara
Jabatan Warisan Negara
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Segala ape yang ditulis adalah berasaskan kepada fakta dalam buku Sejarah Melayu. Jadi, kenapa nak pertikaikan lagi asal-usul Hang Tuah??





Masih ingat dengan kate-kate Hang Tuah??
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia".....

Jadi, kalau ader yang kate Hang Tuah tu berbangsa Cina, make secare tak langsung, semakin hilanglah Melayu di buminye sendiri.......

Mungkin ini salah satu daripada usahe anasir luar dalam melenyapkan bangse Melayu secare tanpe sedar.......dan menidakkan kewujudan zaman kegemilangan Melayu suatu mase dahulu..

Kesimpulan shaye :
Tetapla percaye bahawa Hang Tuah tetap Pahlawan Melayu sejati yang menggemilangkan bangsa Melayu

patah tak tumbuh, hilang tak berganti
**pesanan penuh keikhlasan tanpe mengaut keuntungan**


p/s penaja : sejarah bukan untuk diubah.....tapi adalah untuk dipelihara...dan dijadikan teladan dan kebanggaan (^_^)



♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Candylicious_Kegilaan Melihat Cekelat

Assalammualaikum...


Candylicious.....


Apekah?

Ha...nih nak citer nih...hihi...

Candylicious nih adelah sebuah kedai yang menjual cekelat, gule-gule yang berkonsepkan fantasi, kegembiraan dan kenangan zaman kanak-kanak..Menggabungkan gule-gule dan dunia imaginasi...


Candy Store yang terbesar di dunia adalah di Dubai Mall yang dibuka tahun 2009...
Selepas kejayaan tuh, Candy Store terbesar di Asia dan pokok-pokok lollipop terbesar di dunia dibukak pulak kat Resort World Sentosa di Singapura.


Dan...
11.11.11 arituh, Candylicious store pertame dibukak kat KLCC....sebelah jer ngan Garrett Popcorn yang jugak bukak pada tarikh yang same......


Pergh...1st time tengok jer dari jauh, memang teruja nak masuk...bile masuk jer kat dalam tuh, perghhh!!!memang la penin tengok cekelat ngan gule-gule banyak sangat...hihihi (^_*)
Kedai dier plak memang cantek sangat......suke..suke..suke (^_^)


Misi Candylicious nih memang menarik tau...
"Eat Happy"....(makan gembira...objektifnya untuk menjadikan seluruh dunia gembira dengan memakan gule-gule)





lollipop yang sangat colourful.....

cekelat Hershey's (nih promosi krismas nih)

pegang sebab nak hamik gambar jer k..tak beli pun..hihihi (^_*)

RM 13.00 untuk 1 bar cekelat nih

Save the Earth It's Only Planet With Chocolate

ha..yang nih memang tak tau ape kejadahnyer..kepada yang tau, sile bagitau shaye apekah ini..hihi..sebab mase kat sane arituh, sume orang pun macam pelik tengok menatang nih....hihi (^_*)


p/s penaja : "eat happy"...tapi nak bayor tuh, tak hepy sangat...hahaha (^_^)







♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Segmen : Oppss Terjah Sampai Lebam


Assalammualaikum....


Okey...takyah bebel panjang-panjang sebab penaja kate chill jer... (^_*)

suke..suke..suke.... (^_^)




♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Kau Kunci Cintaku_Love Padlocks

Assalammualaikum....

♪ ♫ ♩ Kau kunci...cintaku..di dalam hatimu....... ♫ ♩

Hamboih....terase suare nih ala-ala kak melah gitu....terbayang pulak lagi dengan kostum gaun pastu ader pulak lampu 'i leb u' tuh kat dada...pergh...merelip mak nak!!!!

Camne la pulak kan nak kunci cinta nih....kalau kunci umah tau ler guna mangge tuh...paling selamat pakai solex...

Jangan tak tau, cinta pun bole la kunci gunekan mangge tau..tau...

ni lah dier kunci cinta...."love padlocks"

Apa itu love padlock a.k.a mangga cinta??
~suatu tradisi melekatkan mangga di suatu tempat yang kekal...dan kuncinye dibuang bagi menggambarkan kasih sayang dan komitmen terhadap cinta....(katenye la kan)

Tradisi love padlock nih dah wujud sekian lame.....
*Ader yang kate bermula dari negara China (padlock dilekatkan di tempat kekal dan kucinye dibuang di sepanjang Tembok Besar)....
*Ader jugak kate, ia bermula di Hungary (bukan Hungry yer) tahun 1980-an...
* Tapi kat Eropah, baru jer mule sekitar taun awal 2000.

Kewujudan nye kat Rome, dipercayai penangan buku 'I Want You By Italian' yang ditulis oleh Federico Mocia yang pastuh, difilemkan....

Ader 6 lokasi yang sememangnyer femes amos untuk letak padlock nih:

(1) Huangshan, China


(2) Rome, Italy


(3) Moscow, Russia

(4) Cologne, Germany


(5) Seoul, Korea Selatan


(6) Pécs, Hungary (UNESCO World Heritage 'Hungarian town'_ Bandar Warisan Dunia)



    kat 'Brooklyn Bridge, New York City' pun bolee....


  Love padlocks yang kontroversi di sungai Seine, Paris...
pihak berkuase tempatan Paris, menganggapnye sebagai satu perbuatan 'vandalisme' (merosakkan harte awam)

**kredit kepade incik Google yang sudi menyumbangkan gambar-gambar cantik di atas nih....maklumlah...nak pegi obersea nih, tak tau la bile..haha ^_*


 kalaulah love padlocks nih wujud kat Malaysia, memang la..memang la kan..
memang shaye........................
nak meniage padlocks a.k.a mangga tuh...hihihi
kaya beb!!!kaya!!kaya!!kaya!!hahahaha

p/s penaja : tak yah la nak kunci-kunci sangat la..kunci cinta dalam hati sudeyh!! ^_*

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Time Kasih Wahai Pereka Doodle Comel

Assalammualaikum....


Adeh...keletihan nih baru balik dari berjimba-jimba ke tiga negeri..bersama-sama dengan geng bese-bese jer yang memang sporting abis...i leb u all la..wahai dayah, ema dan tikah...hehe 


Negeri pertama kami pegi adalah....Kedah...kat Kampung Asam Pagi..area Pendang...memang tujuan utama kami kat sini sebab memenuhi jemputan kenduri kawen kawan baek kami.....


Pastuh, on the way balik, kami menyinggah pulak kat Sungai Petani..saje pusing-pusing kunun mau melawat tempat kursus arkeologi kami dulu...hihi....


Pastuh, kami serang Penang...pekena pasembur kat padang kota lame....


nak balik KL, rase letih pulak...menyinggah pulak kat Kuale Kangsor (Kuala Kangsar...hihi)..


Sampai je umah, memang tak sabar nak bukak pesbuk..pasai pe pulak?


Sebab...mau tengok hadiah sudah sampai ke belom....


Dan...memang ar tak sie-sie bukak pesbuk....hihi...cer tengok nih



ni la hadiah hasil kemenangan, (eceh..ceh....) segmen ciri lelaki aku idamkan (nak bace tekanlah kat sini..bace tau!!)

time kasih la kepada bukan aaron aziz, bukan aliff aziz, bukan farish aziz, bukan juge nasha aziz mahupun nik aziz tapi hafizzi aziz... kerana beliau la pereka kepada dooddle cute miut ini....memang la..kalau shaye yang wat memang tak jadi ar....hihihi....

time kasih sangat-sangat...teruje giler kowt..doodle nih shaye dedikasikan khas (eceh..ceh) kepada lelaki mase depan...hihi..


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Dia Bukan Untukku

Assalammualaikum....


PERINGATAN : INI ADALAH ZON JIWANG.... http://matcuoi.com


Dah jadi lumrah manusia untuk jatuh cinta dan bercinta...


Tapi, tak sume hubungan cinta mampu bertahan sampai ke alam perkahwinan. Walaupun bercinta dah bertaun, berdekad, berabad lamenye, tapi kalau bukan jodoh, memang melepas la...


Memang terkilan, terkecewa, terkesima la bile dah bercinta, berjanji bersumpah setia bagai, punye lame la kan, tup-tup, tak menjadi.....putus di kedai mamak....eh..eh..eh..yela selalu orang kate putus di pertengahan jalan...mane leh kan..tengah-tengah jalan mintak putus, bukan hubungan jer putus tangan, kaki, kepale pun bole putus kene langgar dek treler tayar 14.....


Mungkin kiter tak memperasankannye pun dah ader tande-tande kite harus tinggalkan dan lupekan pasangan kiter tu....atau memang buat-buat tak perasan sebab sayang katenye....


Cer tengok senarai tande-tande tuh :


(1) Tak Sherasi Bershame (sebutan ala-ala ajai gitu)
~ orang kate, perbezaan adalah suatu yang biase dalam perhubungan....dan perbezaan tuh yang saling melengkapkan pasangan...tapi kalau dah terlalu berbeza, rasenye, memang cannot  gi la kan...kan...


(2) Selalu mengalah (macam lagu kumpulan seventeen tuh...kalau tak tau gi download cepat)
~ Salah sorang daripada pasangan selalu berdiam dan mengalah biler berlaku perbalahan atau pertelingkahan....kununnya tak mau perbalahan tuh berlanjutan...sampai sanggup korbankan perasaan sendiri....tapi, sebenarnye sikap mengalah nih  meningkatkan peluang untuk berpisah....


(3) Terlalu Obses 
~ Obses sangat dengan pasangan sampai sanggup lupe family, lupe kawan, lupe kerja, lupe diri sendiri....dalam kepale hotak cume beliau jer..beliau lagi...dan beliau lagi..dan lagi..lagi


(4) Sumber Kewangan a.k.a banker a.k.a mesin ATM bergerak
~ Selalunye lelaki yang bergantung pada pompuan...mungkin beliau berpotensi menjadi kaki kikis dan penipu yang berjaye.....


(5) Takde Restu
~ Kalau family tak penah jadikan pasangan kite tuh sebagai salah satu topik perbualan, walaupun dah dikenalkan beliau kepada family, mesti ader sumting wrong sumwhere tuh....
~Member-member terutama yang kamceng yang selalu maen ketingting same-same ngan kite tak setuju ngan perhubungan kite, nampak gaye memang tak leh pegi jauh....


(6) Sesuke Hati Nak Marah / Maki / Belasah
~ Lom kawen sudah tunjuk belang dia ea....aish...yang nih dah tentu-tentu memang tak leh nak terima...hengat  belacan ker nak  tumbuk-tumbuk??adoyai....






p/s penaja : memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.






♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Lelaki Malaysia Tak Cerewet

Assalammualaikum...

Lelaki Malaysia Tak Cerewet?

Adeh biar benar?
Betulkah?
Pastikah?

Ha...itulah artikel yang shaye bace dalam sisipan Mega dari akhbar Utusan...

Menarik..menarik...tapi betul ke lelaki Malaysia nih tak cerewet?

Kalau ikutkan logik sebenarnya, cerewet terletak pada individu tuh sendiri...jantina bukan persoalannya...

Ok..berbalik pada tajuk tuh...lelaki Malaysia nih dikatakan tidak cerewet dalam memilih wanita sebagai pasangan hidup mereka....lelaki tidak lagi melihat pada kecantikan, kemontokan, ketinggian, kewangan dan pendidikan...

Selalunya, golongan wanita yang ditakuti lelaki untuk didekati adalah ;

(1) Berkerjaya / Berpangkat
~ Sebab rase tercabar ngan kejayaan wanita tu

(2) Berpendapatan Tinggi
~ pompuan cenggini 'high maintenance' katenye

(3) Cun Giler (ala-ala mis yunibes yang nebes)
~ rase macam 'beauty and the beast' pulak katenye

(4) Status / Darjat Tinggi
~ Tak setaraf...bagai pipit dengan enggang katenye

(5) Tak Bape Cantik
~ Takut kene kutuk dengan kawan-kawan katenye walaupun beliau sedar yang beliau pun bukan nye kacak macam aaron ajis maupun parid kamil maupun asrap muslim...

(6) Tak Bape Kurus
~ Tak larat nak bagi makan katenye....walaupun beliau sedar body beliau pun bukanlah enam pek (six pack) macam pahrin ahmad.... 

Tapi...
Menurut kajian yang telah dijalankan (eceh...dah macam saintis ke hape nih), lelaki sekarang dah tidak mempedulikannye sume itu laginye pun (apsal bahase ala-ala Ah Cai nih)...

Lelaki Malaysia sekarang lebih terbuka dan positif....dan sume itu bukan lagi kriteria yang dicari pada seorang wanita pilihan hati...terutama yang muslim guy, tentu la nak cari yang solehah..kan..kan..kan....Tapi yang penting ialah lelaki tuh mestilah ader;

(1)Keikhlasan
~ Bukan sebab tertentu yer...betting or sumting

(2)Kejujuran
~ Kalau suke cakap suke..kalau tak suke cakap tak suke.....

(3)Keyakinan
~ Tak cube tak tau jek (adeh...ganas pulak rase ayat nih)...kene la yakin a.k.a konpiden...

(4)Kesopanan
~ Kene ar sopan care nak approach wanita tuh...
Contoh : 'Semekom....hai cik adik tak jawab dose tau'....
**Ek eleh...ko pehal kulup bin kulip....dah la care bagi salam pun tak betol...nih sume style lame ar..kuno betul...zaman dinasor bole ar pakai....

Jadi, wanita sekarang tak perlu risau lagi...sebab lelaki sekarang dah tak cerewet lagi...
Mereka lihat dengan mate hati dan takkan lagi bute hati.......


p/s penaja : walau ape pun, sume tuh terpulang pada diri masing-masing.....hanye diri sendiri yang tau ape kah kehendak hati kamu....sekian ~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Segmen : Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan

Assalammualaikum...


Salam Aidiladha untuk semua.....


Ok...memang la beraye kat umah jer arinih...rutin arinih same jer macam ari bese...


Kebosanan sebab takde program, diisi ngan perkare berfaedah yakni berblogging..suke..suke..suke..http://matcuoi.com

Sedang shaye khusyuk blogwalking, tibe-tibe...........



Ternampak satu segmen menarik tajaan Incik Apit yang Macho Kacak Lagi Bergaye...


Jadi, ape gune termenung dan bermuram durja gare-gare tak dapat mencekik daging korban...shaye pun menjoinkan diri..hehe


Tajuk yang beliau bagi..memang la kan...suke mak nak....suke..suke..suke...iaitu ciri-ciri lelaki idaman....


Nak tau lebih lanjut...meh bukak link beliau nih Segmen Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan


Dan...dengan banggenye shaye mau tag 3 orang rakan seperjuangan dalam dunia blogging nih...
Dengan hormatnyer dijemput untuk menjoinkan diri...
(1) Mira 
(2) Solicious
(3) Sarah Hanim


Cite pasal lelaki yang diidamkan nih, sebenarnye bukanlah expect tinggi sangat atau melampau-lampau, melebih-lebih...sebab atas dasar kesedaran diri yang tinggi, tak lah nanti orang kate tak sedar diri....shaye nih gadis biase-biase jer...jadi, kene la idamkan yang biase-biase jugak...baru la ngam ho!!
**doodle yang berjaya menambat hatiku ini**


Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan


(1) Lelaki yang dapat membimbing shaye dunia dan akhirat


(2) Lelaki yang dapat menerima diri shaye seadenye


(3) Lelaki yang ader sumber kewangan (ok..bukan bermaksud shaye mencari yang kaye-raye, hartawan, dermawan, karyawan, bangsawan, sejarahwan, wartawan...hehe..tapi, cukuplah asalkan dier mempunyai pekerjaan yang HALAL dan bukan yang malas dan bergantung harap pada orang lain)


(4) Lelaki yang 'cool' (sebab shaye seorang yang agak kalut...hehe)


(5) Lelaki yang sabar (bukan yang panas baran dan panas hati sebab nanti panas telinge shaye mau mendengar maki hamun beliau)


(6) Lelaki yang 'tak kisah' (bukan buat tak kisah ek..tapi jenis tak kisah atau tak memilih dan tak banyak songeh....banyak sengih takpe)


(7) Lelaki yang sayangkan family (menggambarkan beliau seorang yang penyanyang dan boleh menyanyangi keluarge mase hadapannye sebagaimane dier sayangkan family beliau skang)


(8) Lelaki yang mengambil berat (bukan amik berat badan tapi amik berat pasal diri shaye, idup shaye, segalenye tentang shaye...bukanlah shaye mau beliau sentiase sms, tepon, 24 jam, yang penting, beliau akan menghubungi shaye biler beliau free and easy...yela..beliau pun mesti ader life sendiri)


(9) Lelaki yang sentiase memberi sokongan (bukan yang menjatuhkan dan hanye tau mengutuk jer)


(10) Dan.....lelaki yang benar-benar ikhlas sayangkan shaye dan memilih shaye sebagai pasangan tanpe sebab tapi adalah shaye adalah shaye (kalau ader sebab, takut nanti biler penyebab tuh dah hilang atau pudar, cintanya pun mengikut pudar same)




**skang nih, memang dalam hati nih ader kebun bunga (advance lagi dari taman)....lelaki mase depan adalah lelaki yang ader ciri-ciri yang shaye senaraikan...tapi shaye terima dier bukanlah atas dasar tuh...tapi, sebab diri beliau sendiri......pape pun, shaye serahkan jodoh pada Allah swt...Sekian~~
♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Setelah Lame...Baru Nak Menjawab Nih

Assalammualaikum...


Tak sangke kat blog pun ader permainan tagging-tagging...suke..suke..suke...hehe...tapi, masalahnyer, shaye tak reti sangat nak mentagging dan bagi soalan kat orang nih...hehe


Leh tak kalau shaye nak menjawab jer soalan orang??leh la..leh la....please....


Tapi, kalau korang kate tak boleh, shaye tetap bergedil gak...eh..eh..berdegil gak...hehe :p..Walaupun dah ader dalam rules...adeh..sory..langgar rules tuh...hihihi...


the rules:

1. u must post these rules.
2. each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. answer the questions the tagger set for u in their post and
also create 11 new questions to people u tagged to answer.
4. u have to choose 11 people to tag and LINK them to your post.
5. go to their post and tell them that they have been tagged.
6. no tag back.
7. no stuff in the tagging section about "u're tagged if u're reading this".
u legitimately (a.k.a trusted with honesty) have to tag 11 people.




11 Perkara Tentang Shaye


(1) Anak tunggal mama dan abah shaye
(2) Umur sweet 24 (sweet la sangat yer)
(3) Bekerja demi mencari rezeki halal
(3) Suka tengok wayang dan karaoke
(4) Life yang sangat simple dan sederhana
(5) Suke ketawa (bukan ketawa sensorang ek)
(6) Tak cantik, tak jelita, tak comel tapi comot (tapi shaye bersyukur tau ape yang Allah kurniakan pada shaye)
(7) Kurus dan tinggi (BMI stabil tau)
(8) Suke tengok Raja Lawak dan Maharaja Lawak walaupun berpuluh-puluh kali siaran ulangan 
(9) Lagi suke pakai selipar dari kasut dan high heel.
(10) Suke kucing
(11) Tak pandai makan sushi 


Ok...time kasih shaye ucapkan kepada Cik Annur dan juge Cik Ameera kerana mentagging shaye..Sorry lambat sikit menjawab..hihi....


Soalan dari Cik Annur
(1) ikhlas tak follow blog ni?
ikhlas..kan kite kene ikhlas dalam melakukan pape (janji bende baik tau)


(2) first impression lepas masuk blog ni? in one word. siap kau kalau kau jawab 'menyampah'.
Simple....but nice :)

(3) hobing jang hobing or gomo kelate gomo? hehe
Dua-dua pun tak...red giant always :)


(4) suggestkan nama untuk bakal anak aku 6 tahun akan datang. satu nama laki, satu nama pompuan.
Lelaki : Adam
Pompuan : Maya
(Penangan cite Adamaya....hehe :p)

(5)aku suka hijau. kau?
suke sume...tapi paling suke purple, peach & pink

(6)kalau kau drive, then jumpa jalan bercabang, kau akan pegi belah kiri ke belah kanan?
kanan kowt...kan ker kite mesti mulekan dengan kanan :p

(7)semalam ada budak panggil aku mak cik dengan muka innocent gila. teka, aku happy ke sedih ke geram ke rilek-rilek je?
haruslah geram dalam ati..tapi luar mesti cool jer kan..kan...kan... :p

(8)pandai main rubik's cube?
tak
(9)suka kucing?
suke..suke..suke..kat umah ader 8 ekor kucing

(10) nanti kawen nak buat tema warna ape?
tak pikir lagi..tapi hengat macam nak buat warne warni.macam pelangi.ley cenggitu??

(11)best tak berblogging?
best giler kowt :)

Soalan Dari Cik Ameera

1. lagu apa yang kamu minat?
lagu yang sedap didengar..tak kesah..tapi sekarang tengah suke giler ngan lagu Wish You Were Here, Avril Lavigne

2. suka ke tak subjek matematik? kenapa?
tak suke....sebab pening tengok nombor..haha

3. nama cikgu tadika kamu?
shaye tak gi tadika..mase tuh belajar kat umah jer

4. nama facebook kamu? kenapa?
Mira Adzlia...nama gabungan shaye- Mira, abah - Adzmi, Mama - Norlia

5. pendapat tentang blog saya
Sweet sangat :)

6. pertama kali lihat saya/ gambar saya apa yang kamu fikir tentang saya?
ha..suke bergambar ek?kan...kan...kan..

7. ringtone handphone untuk yang tersayang apa?
selalu handphone silent mode..haha

8. kamu suka stalk blog sapa? kenapa?
mane bole bagitau..pecah rahsia...haha :p

9. kalau marah apa yang kamu buat?
pendam kan jer..pastu dengar lagu best...pastu tak lame, lupe la marah tuh

10. bila bosan kamu buat apa?
tido...zzzzzzz

11. satu perkataan untuk menggambarkan diri saya bagi kamu?
sweety



** harap dapat menjawab sume soalan yang disoalkan..hehe....sonok jawab soalan..tapi tak reti nak bagi soalan...hihi...ok..thanks tau..nanti kalau ader, jangan segan-segan, dan jangan serik tag shaye....hihihi..sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia