Assalammualaikum...
Haluuu.....
Pergh!!Masih terasa keletihan dek merayap dan beronggeng-ronggeng di MAHA 2012...serius weh...Letih..tapi..puas hati, seronok, gumbira dan yabedabedu...hihihihi....
Serius lagi, memang la ramai giler manusia ciptaan Tuhan kat sana...tua, muda, remaja, kanak-kanak, bayi pun ada weh..hebat tak?hebat tak?
Betapa MAHA itu sememangnya sangat mendapat sambutan yang menggalakkan...memang galak sangat...kami pun galak nak pergi sebab tak pernah pergi..hihi...
Program ni pulak 2 tahun sekali jer...mana lah tak penuh...Naik bas perantara daripada tempat parking ke tapak MAHA memang penuh...Lepas tu, dari tapak MAHA nak ke tempat parking semula, lagi lah penuh, sendat, ketat dan melekat...
Adeh..tak perlu membebel panjang lebar..
Marilah melihat gambar-gambar rajah yang diambil secara suka hati, suka-suka, dan suka hati laki mak saya..hohohohoho.....
Opsss...sebelum tu perlu diingatkan kepada anda semua bahawasanya semua gambar yang diambil bertujuan berkongsi pengalaman semata..tiada niat membuat anda rasa jeles, dengki, iri hati, hasad dengki dan tiada niat untuk berlagak mahupun menunjuk-nunjuk..hihihihi.....layan~~
memahami peta terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan yang penuh onak ranjau...hahaha
uruit tapai kakai (tahniah buat nabil raja lawak dah dapat anak...tetibe takde kena mengena dengan gambar)
Mereka....
ATV ride
MAEPS memang luas
padi yang menjadi jugak ek
"Rambutan anak sekolah"..jangan main-main..rambutan ni, anak-anak dia pergi sekolah tau.
_ Zon Ternakan _
saya dan lembu
lembu dan lembu
kambing dan kambing....cumil kan mereka itu...tapi, saya lagi cumil...(geli jer)
owh..matanya agak meliar memandang...tu lah gatai pi pakai baju kaler merah mak ngah..lain kali pakai kaler merak mak lang, ker, mak long ker kan...
mereka dan si lembu...
kata beliau "ramai betol paparazi amik gambar i arinih...pemes uolls...jangan lupa masukkan gambar iposing ni tau"...jadi, bagi memenuhi impian beliau, maka saya, masukkanlah jugak gambar beliau yang tak berapa cumil nih...hahahahaha
owh..apakah gaya?macam sama jer dengan gambar sebelum-sebelum nih?oh no
para anak rusa yang sedang beristirehat..biasanya, mereka ke pusat istirehat keluarga yang terletak di bukit bintang..
ala-ala pekan zaman koboi gitu...
kebab ada, burger ada, nasi ayam ada, sate ada, macam-macam ada...
burung walit tipu...kalau yang betul takkan besar macam gitu
koboi dan kogirl
koboi moden
best woo...tapi sayang, saya hanya dewasa yang tidak mengerti apa-apa..kan seronok kembali menjadi kanak-kanak...
tulang belulang
tulang nih busuk kata beliau
opss....maaf..saya baru je dapat baca "Tolong jangan sentuh" setelah meneliti gambar rajah ini...maafkan saya..saya telah pun menyentuhinya...hihihi
bukan tangki air..mahupun air tadahan ketika musim kemarau...tapi tempat simpan ikan
lagi sekali dewasa ku ini, tidak beerti apa-apa...kanak-kanak itu lebih istimewa
opsss....sila berfikiran positif..mungkin tumbesaran mereka luar biasa...mereka masih lagi kanak-kanak...
nih bukan scoop dah..guna baldi terus
para arnab yang cumil giler dan para pengunjung yang cumil jugak
sayalah petani moden di zaman siber...
ini nanas....
ini mesin pemproses tart nanas...
canggih kan, wahai rakan-rakan?
hebat...rasa nak beli satu untuk letak kat rumah....boleh buat bisnes part-time
pergh!!dah macam mesin pemotong polisterin pula
sejuta jagung
hello kitty yang jual jagung ni (ini tipu)
rockmelon yang ranggup
lempuk yang empuk...serius sedap..saya sudah dapatkannya 1..anda bagaimana? (ada macam iklan tak?)
nangka terlebih besar
sengkuang dengan sos merah...lama tak jumpa benda alah ni..last masa sekolah rendah...
nangka yang manis
ini orkid
gadis dan orkid..orkid dan gadis
pokok yang unik
sebab pokok ni lah Alamanda Putrajaya dapat nama (jangan percaya)
kaktus berduri
musang king punya pokok...sila lah tanam...nanti boleh meniaga durian dan crepe durian
"Ponyride"
pizza hut pun ada weh
kuda lapar
KFC idamanku selalu
Ayamas sedap!!
itu bebola daging rusa...6 biji RM10..mahal ke murah?nih beli sebab kami nih batak tak pernah makan daging rusa...hihihi. (sila abaikan bekas gigitan pada bebola itu)
"Yang Halal itu Fardu, Yang Sedap itu Perlu" katanya....sup meletop...
okey..gambar penutup kita pada arinih...abam katerer yang ajar posing bukak pintu tu..time kasih abam
See u soon uoolllssss (gedik sikit)
Tata titi tutu
Sekian~
Wasalam