Cerita Kak Wan

Assalammualaikum...

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail...
Bukan nama asing bagi rakyat Malaysia kan...
Kalau tak kenal kasi perambat nanti..hihihi....


Serius, saya bukan seorang yang paham dan amik tahu pasal hal politik..Yang tau janji dapat gaji tiap-tiap bulan dan Malaysia aman maju jaya...Dan yang penting, saya dah jalankan tanggungjawab sebagai pengundi!!hohoho

Buku biografi nih saya beli atas dasar nak tahu sangat kisah seorang wanita yang bagi saya memang tabah.. *bukan incik tabah syazwan tu tau*..hehe

Buku nih banyak penceritaan tentang kehidupan peribadi Datin Seri Wan Azizah...Bukan menjurus kepada politik tapi mengupas dari sudut personaliti dan keperibadian beliau.... *ahah...boleh kerja kat DBP dah ni*

Sejujurnya, memang saya salute beliau...Banyak perkara tentang beliau yang sebelum ni saya tak tau dan kurang amik tau..Tapi, lepas baca kisah beliau, serius beliau lebih hebat dari apa yang saya tau..

Pelajar terbaik tahun 1977


Hamik info ni sikit..sikit je tau *nak banyak sila beli buku itu*..hihi

1) Lahir pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura.. (masa tu Singapura masih dalam dalam Malaya)

2) Kemudian, membesar di Alor Setar, Kedah (mengikut keluarganya berpindah).

3) Anak kedua daripada 5 beradik

4) Ayahnya Dato Wan Ismail Wan Mahmood merupakan pegawai kerajaan selama 30 tahun dan perkhidmatan terakhir beliau sebelum bersara ialah di Majlis Keselamatan Negara. Ibunya, Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa dan keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah ayahnya. 

5) Menamatkan pengajian tingkatan 6 di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Dan Datin Seri Rosmah Mansur merupakan junior beliau masa belajar kat situ...

6)Melanjutkan pelajaran dalam kursus perubatan di Universiti Malaya selama 3 bulan dan kemudiannya mendapat tawaran biasiswa oleh JPA untuk melanjutkan pelajaran di Royal Collegeof Surgeon, Ireland.

7) Berkahwin dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 28 Februari 1980. 


8) Tidak pernah keluar 'dating' sebelum berkahwin, hanya berhubung melalui telefon. 

9)Pakar Oftalmologi (pakar penyakit mata) dan pensyarah fakulti perubatan di Universiti Malaya merupakan karier terakhir beliau sebelum berhenti untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kepada Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1992.

10)  Merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (parti pembangkang) bermula dari tahun 1999 hingga kini.

Okey...

gambar kanak-kanak beliau ^_^ cumil sangat 

Kesimpulannya, pendapat saya, di sebalik setiap kejayaan lelaki, ada wanita yang menjadi tulang belakangnya...Dan di setiap kejatuhan lelaki, ada wanita yang akan berusaha membangkitkan semangat.....

dan begitu juga sebaliknya ^_^


tata titi tutu
sekian
wasalam




♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Ayam oh Ayam


Assalammualaikum....




Bukan main seronok dia yer...
Takpe..takpe..walau mahal...

Ayam tetap pilihan tekakku..

Tunggulah untuk dijadikan rendang ayam nan sedap..lazat..dan menggiurkan..yummeh
Lagi sedap bila dimakan bersama ketupat, ketupat palas, palas jazz..eh..tu bukan makanan...

Aish..nih yang tak sabar nak raya nih...
So, incik-incik ayam...jangan berangan nak bergaya di hari raya sangatlah...
 ^_^
hohohoho


Mood : Raya!!Hoyeah...dari tadi radio dah kerap pasang lagu raya...hohohoho



♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Wall Makeover by Na



Assalammualaikum...






Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana saya mahu rumah saya kelihatan cantik bergaya seperti saya..eceh.. *perasan*.

Design yang sangat menarik membuat saya teruja, terkesima, terjatuh cinta, terber terber lagi la..Hati sudah tertarik dengan design ini yang akan buatkan bilik saya yang nampak setinggan akan bertukar seperti banglo indah mahupun penth house chef wan. 

Pernah terdetik mahu mengecat bilik yang serabut itu, tapi sejak terlihatkan wall makeover by Na ni, terus hati dan jiwa muda remaja saya menggelodak mahu bilik saya dimakeover jugak dengan design yang cantik, tertarik, menarik, dan memang da boom kebaboom..

Dengan sukacita penuh cinta dan rela, *ewah* mahu bilik saya bertukar menjadi transformer..Eh..bukan bertukar menjadi yang lebih indah bagai kamar puteri raja *sangatlah berangannya*... Semoga impian, hasrat dan keinginan saya akan tercapai jika diizinkan oleh-Nya rezeki ini untuk saya...




*ini adalah entri untuk penyertaan saya untuk dapatkan makeover rumah secara PERCUMA!!!...camne nak join? meh sempat lagi ni*

           Untuk info lebih lanjut sila layari : Blogger Manager _ Nadia Farahida punya blog..

Cepat jom..Sekian




♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Memperingati bukan Menghakimi



Assalammualaikum...


Dapat gambar nih melalui facebook...

Terus terdiam terpaku terkesima sekejap...huhuhu

Manusia tu kan boleh berubah.....

Yang baik adalah berubah menjadi yang lebih baik kan...

Ada cerita yang pernah saya kisah kan kat SINI..kisah seorang yang pemes amos berhijrah..


Berharap saya akan berubah menjadi lebih baik...

Dan istiqamah dengan apa yang saya lakukan....

Haish..serius bukan senang...

Jadi, kita pun elakkan daripada mencemuh orang lain kan...

"Tuhan berpesan agar kita saling MEMPERINGATI bukan MENGHAKIMI" 

"Mencuba berubah menjadi yang lebih baik itu lebih baik daripada mencemuh orang yang berubah menjadi baik"

"Kita bukanlah orang yang terbaik untuk mengata orang itu tidak baik"

*mesej peringatan ini dibawakan khas dari hati ke hati*  ^_^

*penulisan tidak mengaitkan mana-mana orang, atau suruhan mana-mana orang...bukan sekadar peringatan untuk diri sendiri dan perkongsian semata-mata..Peace yoo!!*

bebelan : Saya memang bukan uztazah...atau orang yang arif....saya hanyalah manusia yang banyak kekurangan....berkongsi ilmu dan perasaan, rasanya tak salahkan ^_^

tata titi tutu
sekian 
wasalam

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Bantal golek telah dicuri



Assalammualaikum...




ni lah pencurinya...hohoho
nasib baiklah muka naif lagi cute

ni lah gaya nya..

hamboih..

berlagak sangatttt dia yer..

ambil alih tempat tuan dia yang lebih comel dari dia *rasa mual jap*

tak tahan tau pulak benda nih bantal peluk...huhuhu

pape pun...

Saya sayang kucing saya!!! hehehe

Anda bagaimana??


miaw-miaw : Serius hilang stress bila tengok muka dan gaya kucing nan comel..haihhh...seronok je tengok dorang ni si makhluk Tuhan yang Super Comel  ^_^

tata titi tutu
sekian
wasalam


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Kemusykilan tentang puasa

Assalammualaikum..

Salam Ramadan Yang Ke-7...

Jom..kita baca sesama soalan-soalan lazim dan jawapan untuk kemusykilan yang selalu kita tertanya-tanya tentang puasa...

opsss...nope..bukanlah saya uztazah...
Tapi, tak salahkan kongsi info...mana tau memang satu hari nanti boleh jadi uztazah.... *ohok..ohok.*


1. Bolehkah seseorang itu berniat puasa selama sebulan kerana takut terlupa?
Pada hari pertama, boleh berniat puasa sebulan, boleh juga berniat setiap malam untuk menguatkan azam, untuk menempuh cabaran berpuasa.

2. Adakah batal puasa bagi wanita yang bersolek di bulan Ramadan?
Tidak batal, asalkan gincu bibir yang dipakainya sederhana dan tidak mempunyai perasa ditakuti ketika menjilatnya lalu menelannya di anggap batal.

3. Adakah sah puasa sekiranya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?
Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa. Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari(selepas masuk waktu zohor)

4. Benarkah tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan itu dikira sebagai ibadah? Jika benar tidur yang bagaimana?
Tidur di siang hari pada bulan Ramadan itu ibadah dan dapat pahala. Tidur yang dimaksudkan itu ialah tidur kerana keletihan berpuasa. Ini bererti semua pancainderanya tidak melakukan sebarang kegitan yang dilarang oleh syarak.

5. Adakah batal puasa sekiranya melakukan aktiviti renang?

Melakukan aktiviti renang dengan niat untuk menyejukkan badan adalah makruh. Tetapi apabila air tersebut masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan sebagainya, maka hukum puasanya adalah terbatal dengan sebab melakukan aktiviti renang dengan sengaja.

6. Adakah sah puasa bagi seseorang yang pitam?
Sah puasanya, kecuali pitam yang berpanjangan dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

7. Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan semasa berpuasa?
Hukumnya makruh.

8. Adakah melakukan pengubatan, misalnya suntikan ke tubuh badan dibolehkan?
Jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurat dan tidak membatalkan puasa.

9. Jika seseorang menunaikan puasa Ramadan tiba-tiba dia tidak dapat menahan rasa haus kerana cuaca teramat panas, bolehkan meminum sedikit air sekadar untuk membasahkan tekaknya?
Sekiranya orang yang berpuasa meminum air walaupun setitik atau seteguk, batal puasanya dan wajib baginya mengqadha puasanya itu.

10. Adakah sah puasa seseorang, ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkumandang?
Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.



tata titi tutu
sekian
wasalam

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Perkara Yang Harus Ketika Berpuasa

Assalammualaikum...


1 . Menjirus kepala

Ini kerana terdapat hadis yang mengharuskan orang yang
berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana
sesetengah sahabat Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam
menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:

 “Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menjirus air ke atas kepalanya dan baginda berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga
atau kerana kepanasan”.
(Hadis riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)

2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak.

Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang dipegang
di dalam Mazhab Syafie dan Ibli Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Atha’, Hassan, an-Nakhaie serta al-Auzai’e. Inilah juga pendapat Daud az-Zahiri.27

3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar.

Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifah, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.

4. Merasai makanan tanpa menelannnya.

Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan
seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka harus dilakukan kerana dharuriah.28

Kata Iman Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari daripada merasai makanan, tetapi 
sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa”.

perkongsian sempena Ramadan ^_^

Renung-renungkan dan jangan termenung...hehe ^_^


tata titi tutu
sekian
wasalam

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Pacific Rim

Assalammualaikum...

Pacific Rim memang filem harus tonton untuk saya...Serius memang sejak tengok poster filem ni, beberapa bulan lepas, jiwa muda saya meggelodak mau tengok..

Semalam, memang la bernasib baik sebab akhirnya berjaya tengok setelah banyak tiket dah sold out..frust giler....
Akhirnya berjaya dapat jugak tiket pukul 11.10 malam..haiyooo...



Melayan komik Lawak Kampus dan camera 360 sementara tunggu cukup time masuk wayang da....



Ya!!Bekalan yang harus ada....hot dog GSC kegemaranku..hoho..yummeh!!
Kesedapan tahap gaban..tapi kesudahan hot dog ini, dijadikan sahur je..sebab dok khusyuk sangat tengok Pacific Rim....

*opss..sorry...memang ada gambar rupa bentuk hot dog tu..tapi..bulan puasa nih, saya akan bekukan gambar makanan buat sementara..ahah..tengok jela kotak tu puas-puas yer..hihihi*


Dah bajet dah..kalau bosan citer ni, memang nak tido je dalam cine tu...ahakss

Meh bagi sinopsis sikit...sikit je tau

**Mengisahkan tentang bumi yang diserang oleh "kaiju" (raksasa : dalam bahasa Jepun)...Jaeger ialah robot yang dicipta untuk melawan dan memusnahkan Kaiju yang nak jajah takluk bumi....Kaiju nih dah banyak mengorbankan nyawa manusia termasuklah beberapa orang krew Jaeger....Ada beberapa Jaeger yang digunakan untuk musnahkan Kaiju nih.Antaranya Gipsy Danger, Crimson Typhoon, Striker Eureka dan banyak lagi..Jaeger ni dikawal oleh dua orang pilot dengan menggunakan minda dan memori mereka...Kiranya dorang ni kena ada chemistery sesama merekaTapi hero tentulah Gipsy Danger.  Pilot untuk Gipsy Danger ialah adik-beradik Becket..Tapi sayang, abang beliau mati masa tengah lawan ngan Kaiju...Tapi takpe lepas dia dapat co-pilot baru...si Mako yang comel........**  

Rasa tak payah citer panjang-panjang sangat ye dak...dah macam sinopsis yang selalu tulis dalam buku Nilam je masa sekolah dulu..hihihi

Yang pasti bagi saya :

1) Cerita ni best.... 

2) Suka adegan jaeger fight dengan kaiju..Teruja tengok robot lawan raksasa..rasa macam nak jadi pilot robot tu jugak...hihi

3) Tak bosan langsung

4) Sesuai ditonton oleh segenap lapisan umat manusia semua peringkat umur sebab takde adegan 18sx..adegan comolot...bab cinta tu masa ending jer...tu pun biase-biase aje..hehe..jadi, masih sesuai la nak tengok di bulan Ramadan ni kan....

5) Cite ni ala-ala ultraman taro yang lawan raksaksa..eh salah eja pulak..raksasa.

6) Berbaloi la kuarkan duit simpanan nak tengok cite ni

7) Walaupun cite ni pasal robot, still ada kisah kasih sayang sesama manusia...adeh..terharu..ada part yang sedih syahdu sikit... *lagi-lagi bab yang si Chuck tu kata yang hanjing bulldog dia tu KACAK..kacak sangggaaatttt*..hahaha

Itulah pendapat saya pasal filem ni...

Ni review berdasarkan diri saya sendiri..Tanpa ada pengaruh daripada mana-mana pihak....Tidak dibayar pun oleh Incik Guillermo de Toro....mahupun oleh mana-mana abam ensem...

Jadi kesimpulan yang dapat disimpul secara bersimpul-simpul..

Terpulanglah korang nak tengok ke tak..Ada kak ton kesah???ahakksss...


pesanan daripada bakal pilot jaeger : Marilah bersama-sama menjaga kemanan sejagat!!PEace yooo!!


XOXO :) Publish!! (Berangan Dian sangattt)
tata titi tutu
sekian
wasalam




♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Mengubah Sejarah

Assalammualaikum...

Setiap dari kita boleh berubah...

Berubah dari yang tak baik kepada yang baik....
Berubah dari yang baik kepada yang tak baik...

Tentula kita nak berubah kepada yang baik..dan jauhkan dari berubah kepada yang tak baik...

Sebab kita nak jadi insan yang baik..dengan kehidupan yang baik..bersama mereka yang baik-baik...semoga semuanya akan baik-baik saja...

Sejarah...
Bukan setakat belajar kat sekolah atau IPT...
Dulu masa sekolah memang la bosan sebab nak kena hafal tarikh dan peristiwa penting yang berlaku dalam negara dan dunia...Pening weh nak hafal...Berbulu otak *otak bole berbulu ka?*
Tapi terpaksa hafal sebab nak lulus exam punya pasal kan..betul tak kak ton?

Dulu selalu merapu meraban ngan kawan-kawan..
Apahal la nak kena ingat kejadah tu semua....

Sejarah negara memang penting untuk kita ingat supaya kita takkan ulang kembali sejarah tersebut..Pemimpin kita kan selalu pesan supaya rakyat sentiasa ada sifat sayangkan negara supaya kita tak dijajah semula....

Itu sejarah negara...
Kita sedar ke tidak...
Yang setiap kita ada sejarah sendiri..
Cuma tak masuk dalam soalan exam jer...

Setiap dari kita pernah buat kesilapan...
Tapi, adakah orang lain pandang serong masa kita buat silap?

Tertarik dengan salah satu kisah dalam buku Diana Amir Titisan Mahabbah (Bicara 3 - Doa daripada Bonda)...

"Apabila menonton lakonan anakanda, bonda tahu, ada yang tidak kena. Namun serentak dengan itu juga, bonda tidak harus mencerca. Apa yang lebih baik, bonda mendoakan hidayah buat anakanda...Alhamdulilah, doa bonda termakbul jua akhirnya".......

Kata-kata ini disampaikan dalam satu panggilan masa Diana Amir on-air kat satu stesen radio....

Bukan semua orang pandang serong...
Bukan semua orang menghina..mencerca..memaki..mengherdik

Masih ada manusia yang sangat ikhlas macam bonda nih kan...
Bukan mudah nak jumpa orang macam bonda nih..jangan kan kata orang, kita sendiri belum tentu mampu buat camtu pada orang lain...

Terus terfikir..
Owh banyaknya kutuk orang selama ni kan...
Kita bukannya sempurna...

Tengok saja Diana Amir..
Beliau boleh berubah..
Totally different...
Banding dengan Diana Amir yang dulu...
Jauh sangat bezanya..

Jadi, kesimpulannya yang dapat disimpul secara tersimpul rapi...

"Kenang daku dalam doamu"...eh??

Tak boleh pandang pada kekurangan dan keburukan seseorang..sebab mungkin dia akan berubah...dan mungkin jauh lebih baik dari diri kita... - pesanan untuk diri sendiri

*gambar sekadar hiasan bagi menceriakan*
tapi nampak macam mengjengkelkan je..hihi

"The past is to prove that no one is perfect and the future is to prove everyone can change" - wise quotes

pesanan dari hati : "Pengalaman ialah harta berharga dalam meneruskan kehidupan...menjadi kekuatan dalam membuat setiap keputusan supaya tak mengulangi semula kesilapan".....

tata titi tutu
sekian
wasalam


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Berjimba ke Kelantan (Part 1)

Assalammualaikum....

Dah sebulan lebih berlalu dah trip ke Kelantan nih...Tapi, baru hari ni, berkesempatan nak update....homai..homai...

Rasanya, puan pengantin yang kami pergi kenduri beliau nih, mungkin dah pregnant hape..betapa lamanya saya telah memeram gambar-gambar rajah nih..huhu

Jom layan sikit tempat-tempat yang kitorang sempat jelajah secara gamble dengan menaiki kereta...tak tahu jalan..guna GPS henpon jer....Sedikit sesat tu perkara biasa buat kami..hihihihi


(1) Gunong, Bachok

Comel tak kak ton? puiiittt... :p


Saya bagai pengantin..kalah pengantin kat sebelah..ahaksss...perasan betol

Ni lah tujuan asal kami ke Kelantan yang serba indah ini...Pergi kenduri kawan kahwin....Saya kahwin?Okey tunggu..In shaa Allah masanya akan tiba..jeng..jeng..jeng..


(2) Pantai Sri Tujuh, Tumpat

Memang cantik pantai ni

Ramai jugak yang datang sini..tak mandi..lepak-lepak je pun....

Bukan burung sebenar..Cumalah layang-layang terbang melayang

Memakan jagung bakar di tepian pantai sambil meminum air sirap sesungguhnya terdapat kenikmatan di situ umpama memakan popcorn di dalam GSC.ahahah....

Hadoyai....ade macam model tak kami?ohhoohoi


(3) Wat Machimmaram, Tumpat

Wat merupakan tempat suci atau kuil bagi mereka yang beragama Buddha...


Wat nih merupakan patung Buddha kategori duduk yang paling besar di Asia Tenggara.. 
Juga dikenali sebagai sitting Buddha..
Mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan..
Ketinggian : 10 meter
Lebar : 18 meter

Kami kagum dengan keunikan wat nih..
yelah maklumlah kita kan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.


Kat sini perlu hati-hati sikit sebab banyak binatang yang bernama anjing..Tapi, rileks, mereka tak mengacau mungkin sebab dah lali tengok pelancong-pelancong comel macam kami..ohhoooiii

(4) Kompleks ICQS, Pengkalan Kubor

Ni pejabat imigresen...
Kami poyo sebab ingat ni kompleks bebas cukai..hahahaha *konfiden nak pergi beli dan belah*


Tapi, untuk tidak menghampakan hati, maka bergambar rajah lah kami....

Melayan sunset kat sini...nampak tak kampung seberang tu?tu la negara Thailand...sawadikap!!khap khun kap!!

(5) Kawasan Bebas Cukai, Rantau Panjang

Ni masa on the way nak pergi sana...Teruja tengok teh o beng 50 sen..kat KL nan tercinta nih dah tak dapat der!!huhuhu

Tengok..betapa ramainya mereka yang bershopping...Kat sini selalu orang suka beli periuk belanga, toto narita, jersi dan kepok la apa lagi..huhu

Ni kedai yang jual asam-asam, keropok-keropok, dan macam-macam makanan ringan yang tak berapa nak berat...

Kat sini, memang boleh tahan murah lah harga dia..tu pun kena tawar menawar sampai muka peniaga tu tawar..hihihi....kena kecek Kelate deh..ambo tak gheti...ambo speking keyel jer

Setelah kepanasan,kehausan, keletihan, selepas menghabiskan sisa pendapatan, maka kami pun menjamu selera kat gerai yang menjual makanan yang nampak enak dan lazatttt..
Tu dia..pulut mangga, cendol dan laksa..opss..laksa tak hamik gambar pulak...tapi serius, memang sedap.

Bersambung...........................................................

ada lagi tempat lain yang kami jelajahi..eceh..
nantikan sambungannya.....jeng..jeng..jeng..

tata titi tutu 
sekian
wasalam

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Titisan Mahabbah Diana Amir

Assalammualaikum...

Teruja..teruja....


Alhamdulilah..berjaya jugak dapatkan buku hasil tulisan Diana Amir dan Ibnu Rijal...

Siapakah Diana Amir?

Jangan nak poyo sangat lah buat-buat tak kenal..hihihihi

Ibnu Rijal merupakan seorang penulis buku yang berkonsep Islamic dan dilahirkan pada 16 Mei 1990 *muda lagi dari saya..pangkat adik la nih*.. Banyak lagi buku-buku yang ditulis oleh Ibnu Rijal antaranya Siapa ALLAH di hatimu, Bertanya Tentang Tuhan, Khutbah Terakhir Rasullulah dan Putera Mullazam.Beliau pun ada blog tau...http://ibnurijal.blogspot.com/

Serius..memang sangat-sangat nak baca buku nih..

Firstly and honestly, memang sebab Diana Amir..


Walau saya sebenarnya bukanlah seorang peminat Diana Amir yang dulunya, tapi sejak beliau dah berhijrah, seriously sangat-sangat nak tau bagaimana beliau boleh mengambil keputusan drastik untuk berhijrah...

Kedua, sebab saya rasa saya patut baca buku berkonsep motivasi dan bukan cuma membaca majalah-majalah fesyen, majalah hiburan yang penuh gosip dan novel khayalan...

Buku nih ada 19 bab....

Semua tentang kisah realiti Diana Amir yang terkandung hikmah di setiap ceritanya...

"Sejarah hidup bukanlah untuk dilupakan, tetapi sebagai pengajaran demi menjalani kehidupan yang masih terbentang di hadapan kita"


Yang menarik lagi, ditambah dengan ayat-ayat Quran dan hadis-hadis Nabi....

       "Dan janganlah kamu menjual ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada                  Akulah kamu harus bertakwa" (surah al-Baqarah, ayat : 41)

Sehari je dah boleh habis baca kisah Diana Amir nih...yup..memang sebab buku ni nipis..tapi, paling tepat adalah sebab buku ni sangat bermakna di setiap penceritaannya dan indah susunan setiap bait ayatnya...

Alhamdulilah...Seronok baca kisah Diana Amir yang dah beroleh hidayah...Saya sendiri banyak kelemahan dan kekurangan sebagai hamba-Nya...rasanya, macam jauh lagi nak jadi insan yang baik.

"Puasa tergadai, rezeki kata bye..bye"...

Nak berubah kepada kebaikan, sememangnya mudah..tapi, nak kekalkan kebaikan tu yang payah kan...

Yang penting ialah 'Istiqamah'....

"Setiap yang lahir dari hati, akan jatuh ke hati jua"

Memang saya dah jatuh hati....dengan.....buku ni... *takkan dengan Diana Amir pulak lain la kalau beliau lelaki...eh..eh*...hihihi

Semoga selepas nih, saya akan jadi seorang yang lebih bermotivasi...lebih menghargai diri sendiri.. dan keresahan hati akan terubati...in shaa Allah ^_^


Nak dapatkan jugak?

Boleh dapatkan kat MPH Bookstore dan boleh beli secara direct melalui manager Diana Amir dengan contact beliau di nombor 013-6440490...kalau beli dengan manager beliau, boleh dapat signature Diana sekali tau..


tata titi tutu
sekian
wasalam


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Rindu pada diri sendiri

Assalammualaikum....

Saya...
Seorang yang simple...

Simple pada penampilan..
Simple pada perwatakan...
Simple pada gaya percakapan...
Simple dalam kehidupan...

Tapi, saya akui kebelakangan ni, saya agak complicated ngan diri saya sendiri

Mungkin sebab saya terlalu takut nak hadapi masa depan saya...
Saya rasa macam-macam dalam hati saya...
Saya takut kalau kebahagiaan dan kegembiraan yang saya ada hari ni, akan lenyap satu hari nanti....
Saya takut kalau apa yang saya harapkan hanya akan tinggal harapan....

Sejarah hidup kita dulu mengajar kita untuk lebih berhati-hati dalam kehidupan kita hari ni...

Mungkin sebab itu, saya semakin menjadi seorang yang terlalu berhati-hati..terlalu risau dan gusar...

Sempena bulan Ramadan nih, saya harap segala kegusaran dan kerungsingan saya akan lenyap...

"I miss the old me"





Salam Ramadan untuk semua...

Dengan ini, tiada lagi makan-makan siang selama sebulan okey..*kecuali kepada yang diberi pengecualian..tapi pun jangan depan khalayak*.......jangan mengumpat..tapi boleh menganyam ketupat *tapi awal lagi nih*.....

Semoga kita akan memperolehi keberkatan...Amin...

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Berhenti Bermimpi

Assalammualaikum...



Jadi, berhentilah bermimpi...

Hidup kita bukan novel kan...Walaupun sebenarnya kisah hidup kita boleh dijadikan novel tau....lagi tebal daripada novel.....

Mungkin angan-angan tu boleh jadi kenyataan...Kalau ada usaha, dan kalau ditakdirkan dari Tuhan kan...

Ni yang terkini angan-angan terbaru nak dapat suami macam Ehsan...ha kau...tak habis-habis Teduhan Kasih lagi...huhu...

Kebelakangan ni, memang saya asyik pikir pasal masa depan..aish selama nih tak pikir ker??hihi..Maklumlah...bila umur-umur dah semakin nak tinggalkan zaman remaja belia ni, memang lagi banyak pikir masa depan...

Pikir pasal nak beli rumah sendiri, nak tingkatkan kerjaya, nak jaga family, nak tambah pendapatan, nak hidup berkeluarga, ada suami, anak-anak....*sekarang anak tekak ngan anak mata serta anak kucing yang saya ada*

Tapi tu lah...
Rasa macam malas nak pikir dah pun ada...

Rasa nak lalui je...Lalui tanpa perasaan...Boleh gitu??

Sebab rasa macam dah penat berangan dan dah rasa letih sangat berharap pada sesuatu yang tak pasti...serta berharap pada mereka yang akhirnya mengecewakan...eceh...

Jadi, memang sekarang dah kurang ketawa terbahak-bahak sangat..Sebab takut ketawa tu tak berpanjangan... *ketawa secara sopan dan sederhana je skang...ahakksss*

Kesimpulannya.....

Marilah lalui kehidupan tanpa toleh ke belakang...tapi opsss...jangan lupa pandang cermin belakang..supaya kesilapan yang sama takkan berulang....dan terus pandang ke depan dengan penuh fokus....


"Jadi, rileks brader, brader rileks"
 *lagu untuk diri sendiri walaupun gua bukan brader tapi sister*....ihihihihi



tata titi tutu
sekian
wasalam


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Ice Ice Baby

Assalammualaikum...



Tu antara jenama milktea kesukaan anda kan..kan..dan jugak saya..ahaksss....


Sekarang ni memang saya dah dapat detect bahawasanya saya semakin addicted dengan ice blended...
homai..homai...

Tapi...
kali nih bukan dengan mereka-mereka itu..

Saya sudah jatuh cinta dengan ini...


harga mungkin mahal sikit berbanding dengan Cool Blog

Duta tea bag di belakang itu..hihi
*ampun mama..ampun..hihi*

Hazelnut Chocolate Smoothie..TANPA bubble okey...
Bubble tak baik untuk kesihatan..




Tahukah anda bahawasanya "Tapioca Balls" atau "Tapioca Pearl"  mengandungi asid maleik..*Owh bukan malique teman pengganti itu ya..huhu*

Asid maleik tu boleh sebabkan kerosakan buah pinggang...


Opsss...nanti dulu...

Bukan tak boleh makan langsung....Cuma, jangan makan dalam kuantiti yang banyak..Sikit-sikit boleh la kan...

Yang saya nih sebab tak suka nak mengunyah dia...letih seh nak kunyah kekenyalan dia tuh....



Kesimpulannya, marilah minum ice blended...hihi...

Ada 1 lagi peberet saya..Ice Chocolate Black Canyon

One of the best ice chocolate yang pernah saya rasa sebelum ni..ha..hamik kau..
betapa sedapnya...bagi saya la...
Mesti tak cukup satu..kasi tapaw lagi macam kumpulan tapaw...hihihi

Iced Chocolate Balck Canyon
RM 6.90
* gambar pinjam google ek*
sebab tiap kali minum, mesti lupa nak hamik gambar..hihi


Chocolate Blast Baskin Robbins
RM 13

*owh..cukuplah sekali merasainya...lepas nih tidak lagi...manisnyaaa Kak Ton....*

Apa jugak jenamanya, adik tak kisah Kak Ton......asal dia berasaskan ice...chocolate...sedap...menarik..tertarik....

Pasti adik beli...
*opss..satu lagi...pastikan harga juga berpatutan...cekik darah memang 
.adik cekik sampai berdarah yang jual tu..hihihi...ha..ganas tak..

Okeyla..jum..nak minum iced blended nih...hihi

tata titi tutu
sekian
wasalam


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia