Cerita Kak Wan

Assalammualaikum...

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail...
Bukan nama asing bagi rakyat Malaysia kan...
Kalau tak kenal kasi perambat nanti..hihihi....


Serius, saya bukan seorang yang paham dan amik tahu pasal hal politik..Yang tau janji dapat gaji tiap-tiap bulan dan Malaysia aman maju jaya...Dan yang penting, saya dah jalankan tanggungjawab sebagai pengundi!!hohoho

Buku biografi nih saya beli atas dasar nak tahu sangat kisah seorang wanita yang bagi saya memang tabah.. *bukan incik tabah syazwan tu tau*..hehe

Buku nih banyak penceritaan tentang kehidupan peribadi Datin Seri Wan Azizah...Bukan menjurus kepada politik tapi mengupas dari sudut personaliti dan keperibadian beliau.... *ahah...boleh kerja kat DBP dah ni*

Sejujurnya, memang saya salute beliau...Banyak perkara tentang beliau yang sebelum ni saya tak tau dan kurang amik tau..Tapi, lepas baca kisah beliau, serius beliau lebih hebat dari apa yang saya tau..

Pelajar terbaik tahun 1977


Hamik info ni sikit..sikit je tau *nak banyak sila beli buku itu*..hihi

1) Lahir pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura.. (masa tu Singapura masih dalam dalam Malaya)

2) Kemudian, membesar di Alor Setar, Kedah (mengikut keluarganya berpindah).

3) Anak kedua daripada 5 beradik

4) Ayahnya Dato Wan Ismail Wan Mahmood merupakan pegawai kerajaan selama 30 tahun dan perkhidmatan terakhir beliau sebelum bersara ialah di Majlis Keselamatan Negara. Ibunya, Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa dan keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah ayahnya. 

5) Menamatkan pengajian tingkatan 6 di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Dan Datin Seri Rosmah Mansur merupakan junior beliau masa belajar kat situ...

6)Melanjutkan pelajaran dalam kursus perubatan di Universiti Malaya selama 3 bulan dan kemudiannya mendapat tawaran biasiswa oleh JPA untuk melanjutkan pelajaran di Royal Collegeof Surgeon, Ireland.

7) Berkahwin dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 28 Februari 1980. 


8) Tidak pernah keluar 'dating' sebelum berkahwin, hanya berhubung melalui telefon. 

9)Pakar Oftalmologi (pakar penyakit mata) dan pensyarah fakulti perubatan di Universiti Malaya merupakan karier terakhir beliau sebelum berhenti untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kepada Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1992.

10)  Merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (parti pembangkang) bermula dari tahun 1999 hingga kini.

Okey...

gambar kanak-kanak beliau ^_^ cumil sangat 

Kesimpulannya, pendapat saya, di sebalik setiap kejayaan lelaki, ada wanita yang menjadi tulang belakangnya...Dan di setiap kejatuhan lelaki, ada wanita yang akan berusaha membangkitkan semangat.....

dan begitu juga sebaliknya ^_^


tata titi tutu
sekian
wasalam




♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

20 yang suke sengih tapi tak banyak songeh:

Fiza Rahman berkata...

Betul tu. Kagum dgn semangan dan ketabahan wan azizah.

Suria Lekatlekitgurl berkata...

kesetiaan nya sebagai seorang isteri memang patut di kagumi

Sop berkata...

wah ada buku pasal beliau
menariknya

PCL berkata...

As-salam Mira, pcl singgah sini dan suka baca bekenaan kejayaan seseorang..gud info , terima kasih.

boni kacak berkata...

wah.. tak pernah keluar dating?? macam saya lah.. hehehe

Tihara berkata...

tedingin la nak beli..menarik..suka sangat dia ni dgn anak dia izzah

Kesuma Angsana berkata...

wah menarik kisahnyer !

fasha berkata...

HUUU...thanx for sharing...memang betul...perempuan ni penguat semangat lelaki sebenarnya...dulu saya pernah baca pasal kisah Tun Dr.Siti Hasmah Ali..saya kagum sangat psal die...memang salute r...sampai sy wat researh untuk asgment sy dulu...

onecik berkata...

seorg wanita yg tabah & sgt berkesan sebagai seorg isteri mithali... giveaway idulfitri

Myra Jay berkata...

Menarik jugak buku ni, boleh la nak beli dan baca jugak :D

My name is Wanita, and this is my story... berkata...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin :)

ayut berkata...

menarik gak..mgkn ada sesuatu yg blh kita tahu...nk try carikla nnt...

cara menjaga kesehatan lambung berkata...

beliau merupakan sosok teladan yang perlu dicontoh :)

QasehnyaRania berkata...

selamat hari raya.

menarik kan.tapi ciksu lagi tertarik dgn hospital kandang kerbau tu.

Sharif Abdul Rahman berkata...

Semoga beliau tabah

Zahiruddin Zabidi berkata...

Terima kasih kerana sudi membaca Cerita Kak Wan, semoga ia bermanfaat. :)

obat herbal kanker usus halus berkata...

artikelnya bagus
obat herbal kanker usus halus

obat herbal tipes mujarab berkata...

semoga berhasil
obat herbal tipes mujarab

obat gendang telinga pecah berkata...

salam sukses, semoga bisa seperti beliau
obat gendang telinga pecah

suplemen pelangsing badan berkata...

artikelnya bagus , sukses yaa
suplemen pelangsing badan

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia