Perkara Yang Harus Ketika Berpuasa

Assalammualaikum...


1 . Menjirus kepala

Ini kerana terdapat hadis yang mengharuskan orang yang
berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana
sesetengah sahabat Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam
menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:

 “Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menjirus air ke atas kepalanya dan baginda berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga
atau kerana kepanasan”.
(Hadis riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)

2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak.

Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang dipegang
di dalam Mazhab Syafie dan Ibli Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Atha’, Hassan, an-Nakhaie serta al-Auzai’e. Inilah juga pendapat Daud az-Zahiri.27

3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar.

Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifah, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.

4. Merasai makanan tanpa menelannnya.

Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan
seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka harus dilakukan kerana dharuriah.28

Kata Iman Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari daripada merasai makanan, tetapi 
sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa”.

perkongsian sempena Ramadan ^_^

Renung-renungkan dan jangan termenung...hehe ^_^


tata titi tutu
sekian
wasalam

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

5 yang suke sengih tapi tak banyak songeh:

boni kacak berkata...

terima kasih awak sebab berkongsi artikel ni :)

Myra Jay berkata...

TQ sharing, perkongsian berguna ;D

Unknown berkata...

akak kadang2 rasa jugak bila masak2 tu..tapi rasa kat loidah jela..tak de la rasa sampai sesenduk kan..hehe

Amin Hafizy berkata...

good info...

Fiza Rahman berkata...

Suka soalan no 4 tu. Sebab bila masak mesti nak rasa. Tapi tak der lah telan ☺☺

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia