Kemusykilan tentang puasa

Assalammualaikum..

Salam Ramadan Yang Ke-7...

Jom..kita baca sesama soalan-soalan lazim dan jawapan untuk kemusykilan yang selalu kita tertanya-tanya tentang puasa...

opsss...nope..bukanlah saya uztazah...
Tapi, tak salahkan kongsi info...mana tau memang satu hari nanti boleh jadi uztazah.... *ohok..ohok.*


1. Bolehkah seseorang itu berniat puasa selama sebulan kerana takut terlupa?
Pada hari pertama, boleh berniat puasa sebulan, boleh juga berniat setiap malam untuk menguatkan azam, untuk menempuh cabaran berpuasa.

2. Adakah batal puasa bagi wanita yang bersolek di bulan Ramadan?
Tidak batal, asalkan gincu bibir yang dipakainya sederhana dan tidak mempunyai perasa ditakuti ketika menjilatnya lalu menelannya di anggap batal.

3. Adakah sah puasa sekiranya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?
Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa. Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari(selepas masuk waktu zohor)

4. Benarkah tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan itu dikira sebagai ibadah? Jika benar tidur yang bagaimana?
Tidur di siang hari pada bulan Ramadan itu ibadah dan dapat pahala. Tidur yang dimaksudkan itu ialah tidur kerana keletihan berpuasa. Ini bererti semua pancainderanya tidak melakukan sebarang kegitan yang dilarang oleh syarak.

5. Adakah batal puasa sekiranya melakukan aktiviti renang?

Melakukan aktiviti renang dengan niat untuk menyejukkan badan adalah makruh. Tetapi apabila air tersebut masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan sebagainya, maka hukum puasanya adalah terbatal dengan sebab melakukan aktiviti renang dengan sengaja.

6. Adakah sah puasa bagi seseorang yang pitam?
Sah puasanya, kecuali pitam yang berpanjangan dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

7. Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan semasa berpuasa?
Hukumnya makruh.

8. Adakah melakukan pengubatan, misalnya suntikan ke tubuh badan dibolehkan?
Jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurat dan tidak membatalkan puasa.

9. Jika seseorang menunaikan puasa Ramadan tiba-tiba dia tidak dapat menahan rasa haus kerana cuaca teramat panas, bolehkan meminum sedikit air sekadar untuk membasahkan tekaknya?
Sekiranya orang yang berpuasa meminum air walaupun setitik atau seteguk, batal puasanya dan wajib baginya mengqadha puasanya itu.

10. Adakah sah puasa seseorang, ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkumandang?
Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.



tata titi tutu
sekian
wasalam

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

9 yang suke sengih tapi tak banyak songeh:

man berkata...

Tq for info..hehehe

boni kacak berkata...

terima kasih awak sebab berkongsi tau. bermanfaat pada saya dan orang lain ni :)

aizu's life berkata...

tQ ustazah.. hihi.. gud info ni.. soal jawab yg ringkas :)

oshin kecik berkata...

thanks mira.. nice info :)

Kesuma Angsana berkata...

tq share this yer dear

adzairdawati makdara berkata...

satu perkongsian yg sgt bermanfaat..

http://www.bicaramakdara.com/

Fiza Rahman berkata...

Thanks for sharing sis ☺☺

IntaNBerliaN berkata...

bagus info ni..

*nanti bg alamat dkt akak yer.. nak bg bookmarks raya..

zarina_naniey@yahoo.com.my

title bookmarks raya

Myra Jay berkata...

TQ sharing, ada terjawab beberapa kemusykilan :D

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia