Diet Yoyo

Assalammualaikum....

Sedang mahu mula memasak, terhenti seketika daku terpaku membaca sesuatu di akhbar Metro yang telah digunakan untuk melapik kawasan sekitar dapur gas itu (memasak la sangat, masak air je kot), terbaca lah satu artikel berkaitan tentang diet.....Serius, banyak yang saya baru tahu okey...

Walaupun saya termasuk dalam kategori "kurus keding" itu tak bermakna saya tak membaca bab-bab diet nih okey dan tidak bermakna juga saya mempunyai penyakit "Aneroxia Nervosa" mahupun "Bulemia"

Sebenarnya ramai yang salah erti pasal diet nih....

Peringatan : Jangan Terlalu Ekstrem untuk Berdiet...Jum baca apa yang saya nak kongsikan apa yang saya baca nih...

Apa itu diet yoyo?permainan yoyo saya tau la kan...aish...takkan la diet yoyo tu adalah diet yang kena makan permainan yoyo itu....mau tercekik lalu mampuih...hihihi

Sebenarnya;

Diet Yoyo adalah Kesilapan diet seperti mengikuti program diet segera. Jika berjaya pun, paling lama bertahan hanyalah 3 - 5 tahun, Selepas, berat badan kembali seperti asal.

1) Melakukan diet kelaparan
- Mengehadkan penggunaan kalori ini mengakibatkan metabolisme menjadi perlahan.
- Merugikan pembakaran kalori
- Sebenarnya bukan lemak yang dibuang tapi otot berdaging (rugi weh...boleh jadikan kita lemah dan lesu tau)

Sepatutnya : Makan secara kerap dengan jumlah sederhana untuk mengawal nafsu





2) Terlalu ekstrem terhadap diet
- Makanan lazat sepatutnya dinikmati, tetapi diet yang tidak enak akan melemahkan nafsu makan.

Sepatutnya : Tak perlu lah setiap hari pun diet sangat....cuba dalam seminggu tu, ada 1 hari korang skip diet dengan makan makanan sedap-sedap sebagai ganjaran.....




3) Cuma makan 3 hidangan sehari atau melangkau makanan
- 3 hidangan tidak cukup mengawal nafsu makan dan tidak dapat meningkatkan kadar metabolisme..

Sepatutnya : Makan 5 kali sehari (serius, nih paling kurang okey).  Jangan melangkau mana-mana hidangan terutama SARAPAN (pembakaran kalori mesti dilakukan seawal pagi)

4) Gagal mengawal nafsu makan
- Makan makanan yang tidak berkhasiat dan makan dalam kuantiti yang melebihi dari yang diperlukan

Sepatutnya : Makan dengan kerap dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan kuantiti yang tepat...Contohnya : nasi hanya segenggam, roti 2 keping

besarrrrr nyaaaaaaa...yummy!!!


5) Kurang melakukan aktiviti riadah atau senaman
- Hanya menitikberatkan soal makanan tapi tak melakukan aktiviti kecerdasan

Sepatutnya : Pengurusan berat badan bukan hanya mengenai penyerapan kalori (melalui makanan) tetapi juga melalui senaman


6) Melakukan diet jangka masa pendek
- Melakukan diet hanya 12 minggu

Sepatutnya : Diet menjadi amalan sepnjang masa agar berat badan tidak akan turun atau naik secara mendadak...


Sumber fakta : Harian Metro

Sumber auta, mengarut, merapu dan meraban : Si gadis biase-biase.....


untuk rekod : saya adalah seorang yang kuat makan dan kurang bersenam...hihihi

Tata Titi Tutu
Sekian
Wasalam~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

19 yang suke sengih tapi tak banyak songeh:

boni kacak berkata...

betul tu. makan tetap kena makan, tapi kena kawal.jangan makan ikut nafsu. kalau makan sehari sekali pun, tapi makan semahu2nya, tak guna juga..ehehe

Ayu Ayunie berkata...

mmg diet ni la yg akak amalkan skrg.. makan secara kerap tp kuantiti sederhana.. tu pasal la kat opis ni akak asyik mengunyah je.. hihihi..

IntaNBerliaN berkata...

ayat yg plg last tu sama dgn akak.. kuat mkn.. bersenam nan ado.... hihii

Fiza Rahman berkata...

info yg sangat sesuai utk org yg sedang berdiet.

yolanda diego berkata...

tq for info!

boni kacak berkata...

3 fakta tentang fatin liyana.

beliau tak update selalu. rasanya jarang gila update. jadi kalau dia update memang orang akan baca bersungguh2.

dia dah label artis. jadi memang pembaca tu ramai.

rasanya tak semua orang baca habis2 apa yang dia tulis kalau panjang berjela. tak percaya, cuba awak tgk entri2 dia yang berjela2 tu. pastu awak tgk apa yang orang komen. pasti akan jumpa yang macam tak ada kena mengena.hahaha. macam komen2 yang saya selalu dapat masa entri saya panjang berjela. entri kisah lain, komen yang saya dapat tak ada kena mengena.sakit je hati.hahaha

Tanpa Nama berkata...

tq share gd one ni

Aziela berkata...

Yang paling penting, kena tahu macam mana nak guna metabolism badan dan keperluan kalori setiap orang serta disiplin. Tak perlu ubat, supplement atau slimming program. Ikut jer macam tu, confirm reduce weight. Akak dah try, and berhasil. Cuma disiplin tak cukup kuat lagi jer, heheheheheh.

Marya Hana berkata...

ok yang keding mcm kita ni, kena LEBIH KERAP makan.

sbb org diet pon kerap makan dgn kadar sederhana kan..

hazwan hairy berkata...

wahhh dah buat tips dah dia...chaiyo2...tp hery x diet cuma nk bg gemok ja..hahaha

The Fakhirin berkata...

Diet paling berkesan adalah, makan nasi kosong dgn ikan rebus.

Myra Jay berkata...

Ok lepas ni nak diet secara konsisten, bukan lagi yoyo :)

hahaaa, mulut je sebut camtu tp last2 tak jugak buat :D

Dr K berkata...

betul tu..kena kerap makan dlm small quantity..kerap bersenam..masalahnya kerap makan, kuantiti pun besar! hahahaa

rina mazlan berkata...

A ah. Rina pun tengah diet ni. Dietlah sgtkan... Salam kenal :)

Unknown berkata...

Hakak pon nak diet tapi napsu makan membuak-buak tu yang payoh tu hehhehe...

kurus berkata...

pernah dgr penyakit tuu , taksub untuk kurus sehingga kurus melampau .. huhuh takuttt

nick dot anis berkata...

sesungguhnya saya pon tgh berdiet. huh perit tau tak dpt tala habis makanan best2. apapun cantik n sihat punya saya, diet tu penting:-)

QasehnyaRania berkata...

Mkn sikit2 lma2 perut buncit...kih..kih..
..
Rasa rugi sgt klau diet tak kene gaya kan

Tanpa Nama berkata...

I happen to be reading out several of your articles and i must say nice stuff.

I will surely bookmark your site.
Feel free to surf my homepage - Weight Loss Supplement

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia