Titisan Mahabbah Diana Amir

Assalammualaikum...

Teruja..teruja....


Alhamdulilah..berjaya jugak dapatkan buku hasil tulisan Diana Amir dan Ibnu Rijal...

Siapakah Diana Amir?

Jangan nak poyo sangat lah buat-buat tak kenal..hihihihi

Ibnu Rijal merupakan seorang penulis buku yang berkonsep Islamic dan dilahirkan pada 16 Mei 1990 *muda lagi dari saya..pangkat adik la nih*.. Banyak lagi buku-buku yang ditulis oleh Ibnu Rijal antaranya Siapa ALLAH di hatimu, Bertanya Tentang Tuhan, Khutbah Terakhir Rasullulah dan Putera Mullazam.Beliau pun ada blog tau...http://ibnurijal.blogspot.com/

Serius..memang sangat-sangat nak baca buku nih..

Firstly and honestly, memang sebab Diana Amir..


Walau saya sebenarnya bukanlah seorang peminat Diana Amir yang dulunya, tapi sejak beliau dah berhijrah, seriously sangat-sangat nak tau bagaimana beliau boleh mengambil keputusan drastik untuk berhijrah...

Kedua, sebab saya rasa saya patut baca buku berkonsep motivasi dan bukan cuma membaca majalah-majalah fesyen, majalah hiburan yang penuh gosip dan novel khayalan...

Buku nih ada 19 bab....

Semua tentang kisah realiti Diana Amir yang terkandung hikmah di setiap ceritanya...

"Sejarah hidup bukanlah untuk dilupakan, tetapi sebagai pengajaran demi menjalani kehidupan yang masih terbentang di hadapan kita"


Yang menarik lagi, ditambah dengan ayat-ayat Quran dan hadis-hadis Nabi....

       "Dan janganlah kamu menjual ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada                  Akulah kamu harus bertakwa" (surah al-Baqarah, ayat : 41)

Sehari je dah boleh habis baca kisah Diana Amir nih...yup..memang sebab buku ni nipis..tapi, paling tepat adalah sebab buku ni sangat bermakna di setiap penceritaannya dan indah susunan setiap bait ayatnya...

Alhamdulilah...Seronok baca kisah Diana Amir yang dah beroleh hidayah...Saya sendiri banyak kelemahan dan kekurangan sebagai hamba-Nya...rasanya, macam jauh lagi nak jadi insan yang baik.

"Puasa tergadai, rezeki kata bye..bye"...

Nak berubah kepada kebaikan, sememangnya mudah..tapi, nak kekalkan kebaikan tu yang payah kan...

Yang penting ialah 'Istiqamah'....

"Setiap yang lahir dari hati, akan jatuh ke hati jua"

Memang saya dah jatuh hati....dengan.....buku ni... *takkan dengan Diana Amir pulak lain la kalau beliau lelaki...eh..eh*...hihihi

Semoga selepas nih, saya akan jadi seorang yang lebih bermotivasi...lebih menghargai diri sendiri.. dan keresahan hati akan terubati...in shaa Allah ^_^


Nak dapatkan jugak?

Boleh dapatkan kat MPH Bookstore dan boleh beli secara direct melalui manager Diana Amir dengan contact beliau di nombor 013-6440490...kalau beli dengan manager beliau, boleh dapat signature Diana sekali tau..


tata titi tutu
sekian
wasalam


♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

10 yang suke sengih tapi tak banyak songeh:

Nursaila Norman berkata...

sama la,dulu xla minat dia pun..tp sejak dia pakai tudung ni jadi suka pulak tgk dia :)

Unknown berkata...

wow.... bestnye... nak beli jugak nanti.. sy pon minat diana amir selepas dia berhijrah :') ..

http://ordinarygurl-sue.blogspot.co.uk/2013/07/salam-ramadhan-al-mubarak-malaysian-and.html

Kamsiah yusoff berkata...

review buku yg menarik..

isi tabung utk duit raya kat sini hehe

Mia Kassim berkata...

Salam ramadhan dan selamat berpuasa !

Tanpa Nama berkata...

wah mcm best jer buku ni yer !

fizafantagiro berkata...

insyaallah, nanti nak cari lah kat MPH :) tertarik pulak nak baca :)

boni kacak berkata...

orang-orang macam diana amir ni yang harus kita banggakan sebenarnya :)

MulutPayau berkata...

Menarik jugak buku ni...ada masa akak nak cari jugaklah....
thnks dik atas prkongsian...

IntaNBerliaN berkata...

macam best je.. akak pun berminat nak tahu camna dia leh berhijab dgn drastik

Unknown berkata...

DA comel oke. itu jgn lupa :P

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia