Hang Tuah Adalah Bangsa Melayu Sejati

Assalammualaikum.....

Peringatan : Ini Sebuah Entri FAKTA BUKAN AUTA

Sejak ader teknologi yang canggih manggih nih, sume maklumat ujung jari telunjuk sebelah kanan..macam-macam maklumat pun bole dapat la...yang fakta ke yang auta ker..yang benar ker..yang tersasar ker..sume pun ader...

Blog, ade la salah satu medium menyampaikan maklumat ..Penulis blog bebas nak tulis ape pun...(termasuk penulis blog nih yer..hehe)...tak kire la pasal diri sendiri, pasal orang lain, pasal artis....nak memuji, mengeji, mengutuk, mengata, dan seangkatan dengannye la...

Tapi..amat mengecewakan bile ader penulis yang menulis artikel mempertikaikan tentang sejarah negara yang sememangnye membawa impak yang besar dalam institusi kenegaraan kite...

Tuah berasal dari negara China...
Ini lah artikel yang ditulis oleh seorang penulis yang sememangnye langsung tak bertanggungjawab..
Shaye tak nak kupas pasal artikel beliau nih...tp shaye mau korang sume bace jawapan kepada pertikaian tuh daripada salah seorang penyelidik sejarah yang sememangnye arif tentang perkara nih....
Nih jawapan beliau :


Hiraki panggilan nama masyarakat Melayu zaman dahulu (Melaka) adalah ‘Raja’ (tertinggi) ‘Tun’ (Tokoh/Birokrasi).
’Hang’ dan ’Dang’ (wanita) bagi golongan orang ‘baik-baik’ bebas, merdeka (bukan hamba/abdi), dan ‘si’ bagi kanak-kanak, hamba/abdi atau mereka yang dicela (si Jebat Derhaka)(Si Kitul). Panggilan ’Hang’ bukannya suatu gelaran anugerah, dan bukan untuk Hang Tuah berlima saudara sahaja. Bahkan yang lain-lain (Hang Isap, Hang Isa Pantas). (Lihat Kasim Ahmad dalam ’Perwatakan Dalam Hikayat Hang Tuah). Panggilan ini telah pupus, kecuali ’Tun’ yang masih terdapat di Dungun/Hulu Terengganu (anak cucu Tun Ali Indera Bungsu yang berundur dari Johor Lama (1720an).
Begitupun ’Tun’ telah digunakan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama) sebagai suatu gelaran anugerah darjah tertinggi negara. Tiada bukti yang berasas bahawa Hang Kasturi ialah seorang lelaki Melayu yang rapat dengan orang Cina sehingga turut bergelar ’Hang’. Ini negeri Melaka dan penduduk Melayu adalah golongan majoriti. Keadaan mungkin boleh diterima jika Kasturi, seorang Melayu yang hidup di negara China. Perkataan ’Han’ diguna pakai di negara itu untuk merujuk kaum Islam di Xiangkiang dan Xian Hze pada hari ini. Namun, mereka tidak digelar dengan ’Han’ di hadapan nama masing-masing. ‘Hang’ juga diguna pakai oleh masyarakat Melayu Utara Semenanjung untuk ganti perkataan ’awak’ dan digunakan kepada semua golongan/kaum.
Diksi kata ‘Tuah’, ‘Jebat’, ‘Kasturi’, dan ‘Lekir’ sememangnya dari perkataan Melayu yang membawa makna keberuntungan (tuah), sejenis bauan kasturi (jebat dan kasturi), Lekir (jalur putih) walaupun ‘Lekiu’ tidak dapat dicarikan maknanya. Menjadi budaya Cina akan menamakan seseorang lain mengikut sebutan mereka. Contohnya Netra menjadi ‘Ne the’ ra’, tetapi tidak menjadikan Netra seorang Cina. Tidak menghairankan jika ada ‘Hang Jee Fatt’ seumpama itu.
Mengikut Zainal Abidin Borhan, ‘Orang Laut’- Orang Melayu yang mendiami Kepulauan Riau dan menjadi tulang belakang kekuatan empayar Melaka, Johor-Riau mendakwa bahawa Hang Tuah berasal dari golongan mereka dan sedia menunjukkan pulau tempat kelahirannya. Secara pendekatan teks, ‘Hikayat Hang Tuah’ (HHT) menyatakan Hang Tuah berasal dari Pulau Bentan berpindah ke Melaka bersama keluarganya dan tinggal di Duyung. Sedang empat rakannya sedia asal orang Melaka.
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), naskah A dan B-kajian S. Samad Ahmad terdapat catatan khusus berkenaan asal usul Hang Tuah. Beliau ialah Daeng Mempawah, putera Raja Bajung (Bajeng), wilayah taklukan Goa (Raja Mengkasar) dibawa sebagai hadiah kepada Sultan Mansor Melaka sewaktu putera ini berusia 12 tahun. Ditukar namanya menjadi Hang Tuah, seorang yang pintar dan pendekar tersohor.
‘Sulalatus Salatin’ meriwayatkan perjalanan kerajaan Melaka secara berkronologi. Sultan berkahwin di Majapahit diiringi sembilan (9) hulubalang ’ayam tambatan’, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Sekandar (Iskandar), Hang Hassan, dan Hang Hussin. Dari segi ini, perkataan ’Hang’ lebih bermakna orang baik-baik, bersifat kepahlawanan; ’Adapun segala ’Hang’ kelakuannya; barang yang tiada terbuat oleh orang lain, dialah membuatnya’.
Selepas perkahwinan di Majapahit barulah disusuli hubungan Melaka-China apabila Puteri Li Po (Hang Li Po) dibawa ke Melaka bersama 500 isi istananya. Logiknya, Hang Tuah dan rakan-rakannya itu tidak berasal dari China dan berhijrah ke Melaka bersama puteri berkenaan.
Kesimpulannya, mengaitkan lima (5) pahlawan Melayu Melaka dengan isi istana Hang Li Po yang mendiami Melaka itu boleh dianggap sebagai satu cara, samada sengaja atau tidak, menghakis jati diri di kalangan Melayu negara ini.
Oleh : Encik Siri Neng Buah
Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara
Jabatan Warisan Negara
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Segala ape yang ditulis adalah berasaskan kepada fakta dalam buku Sejarah Melayu. Jadi, kenapa nak pertikaikan lagi asal-usul Hang Tuah??





Masih ingat dengan kate-kate Hang Tuah??
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia".....

Jadi, kalau ader yang kate Hang Tuah tu berbangsa Cina, make secare tak langsung, semakin hilanglah Melayu di buminye sendiri.......

Mungkin ini salah satu daripada usahe anasir luar dalam melenyapkan bangse Melayu secare tanpe sedar.......dan menidakkan kewujudan zaman kegemilangan Melayu suatu mase dahulu..

Kesimpulan shaye :
Tetapla percaye bahawa Hang Tuah tetap Pahlawan Melayu sejati yang menggemilangkan bangsa Melayu

patah tak tumbuh, hilang tak berganti
**pesanan penuh keikhlasan tanpe mengaut keuntungan**


p/s penaja : sejarah bukan untuk diubah.....tapi adalah untuk dipelihara...dan dijadikan teladan dan kebanggaan (^_^)



♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

5 yang suke sengih tapi tak banyak songeh:

Unknown berkata...

xkan melayu hilang di dunia

Unknown berkata...

@Tentang Kita dan janganlah ade yg cube menghilangkannyer.. (^_^)

Tanpa Nama berkata...

idup JWN...huhu

tihasweetie berkata...

huhuu..mmg dasar luperkan keturunan la if ada yg sanggup mengeluarkan kenyataan yg bercanggah sama sekali dengan fakta sejarah.macam kes mat sabu/mat indera.kecik hati sebab ia melibatkan sejarah negara juga sejarah dlm keturunan ummi...emo sikit

Unknown berkata...

@ummi tieha8384 yup..kite ptut bangge dgn sejarah yg pnah berlaku dlu..bkn mempertikaikannyer...jgn suke2 ati nk putar belit fakta..(emo jugak)..huhu

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia