Poket yang kekontangan

Assalamualaikum....

Adeh...bulan nih jer rasanya dah belanjakan duit lebih daripada gaji yang dibayar oleh rakyat jelata.....mane tak nya, macam-macam bayaq nih...huhuhuhu....

Korang pernah rasa camnih tak?ker korang sememangnya banyak duit sampai tujuh keturunan tak abis makan atau memang korang pandai menyimpan atau korang pandai uruskan duit sebab korang kerja kat AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit)....

Adakah korang akan buat macam nih kalau rasa macam poket tuh dah kekeringan??

(1) Tercari-cari kat koleksi beg yang ader (tak kira lah jenama ape..termasuk lah yang dibeli di butik PS a.k.a Petaling Street)

(2) Terkorek-korek poket seluar, poket baju kemeja dan poket baju kurung. walaupun hanya ade patikel dan zarah-zarah halus atau lebih dikenali sebagai habuk-habuk jer dalam poket tuh.....

(3) Korek tabung ayam....(padahal tinggal sekupang jer....huhu)

(4) Tekan duit kat mesin ATM...lalu mesin tu pun berkata "transaksi anda tidak dapat diproses"..sila jangan cuba lagi....hihihi...sebab dah memang takde duit nak keluarkan dah la tu..pastu, jangan pulak nak mengada-ngada pegi kaunter bank tanya kat kerani kaunter bank yang cantik molek itu kununnya kad korang ader problem sebab tak boleh nak keluarkan duit...hihihihi

(5) Mencari-cari kawan-kawan yang boleh jadi 'Along' yang baik hati...tapi selalunya yang bermurah hati adalah mak dan ayah ler....sebab boleh pinjam tak payah bayar konsepnya.....(aish..teruk betol)...

(6) Pinjam kat along yang betol-betol along atau dikenali sebagai 'Along Bukuit Beluntung...

(7) Asyik dok tenung-tenung, renung-renung, menung-menung tengok kalendar menghitung hari sambil bercakap sorang-sorang...."lambatnya nak tunggu gaji seterusnya"....

(8) Baru lah nak berjimat cermat segala bagai...barulah kata "aku tak nak soping ape-ape dah...sume dah cukup..tak payah membazir la beli barang online nih"....(tapi, bila tengah ader duit, ayat tu dah jadi lain..tangan tu main klik 'add to cart' jer)

(9) Mula terpikir nak cari kerja-kerja part time....cari jela...tapi nak buat belom tau...hihihi

(10) Bawak bekal pegi tempat keje...tapi ader jugak mereka-mereka yang malu...jadi, bagi alasan kunun nak berpuasa sunat dan berdiet sebab nak kecikkan lagi pinggang yang dah sedia kecik (sebenarnya poket yang mengecik)
bag of money

kan best kalau duit banyak cenggini...huhu :p

Nampaknya, memang saya perlu terus berjimat-cermat..tanpa membuat sebarang pembaziran..tapi kalau sekali-sekala soping banyak-banyak, takpe kot kan..kan..kan...

Sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

5 yang suke sengih tapi tak banyak songeh:

Zie berkata...

Alahai, sinnya.. Blum begini lagi.. Mudahan tdklah kot.. Cukp2 belanja sahaja...

Cik Rongoks berkata...

hahahhaa..ade jugak yg ika penah buat.huhu

IntaNBerliaN berkata...

setakat ni xpnh jd gini lagi...

Bui Junaidi berkata...

KAK BUI SLL BUAT YG NO.7 TU..HAHAHAHA

Siti Hayati Nur berkata...

hikhik. selalu jd mcm 2. hahha sbb den memey gile soping.uwaaaaa

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia