Menangislah

Assalamualaikum....


Menangis...
Semua orang menangis...



Perempuan terutamanya...tak ketinggalan lelaki juga...
Ramai orang kata perempuan ni kuat menangis...cembeng...cengeng....
Sikit-sikit nak emosional....


Memang perempuan diciptakan sebegitu rupanya....memang perempuan nih adalah gender yang agak sensitif dan sesentap...tapi biar lah sensitif itu kena pada masa, tempat dan keadaannya..kalau emosi terlampau itu gedik namanya....hihihihi (macam kenakan diri sendiri jer ayat nih...hehehe)


Tapi,
bukan perempuan jer yang menangis tau...lelaki pun menangis...


Mungkin tak dinampakkan sebabnya lelaki dilahirkan sebagai insan yang gagah perkasa...dilahirkan sebagai pemimpin dan seorang pemimpin perlu kuat menghadapi cabaran...kadang-kadang, ego juga membuat mereka menangis di belakang tabir....


Tapi ada jugak keadaan tertentu yang kita boleh melihat lelaki menangis dengan ketara iaitu waktu menghadapi kematian orang yang disayang, kehilangan sesuatu atau seseorang yang terlalu berharga dan selepas akad nikah (tapi selalunya perempuan yang sebak nih).....


Menangis lah...
Sebab sebenarnya ada kebaikan di sebalik menangis.


(1) Dapat melegakan perasaan sedih, kecewa dan terluka


(2) Membuang toksin dari dalam badan.


(3) Terapi yang berkesan dalam Islam, bermuhasabah diri dan mengingatkan diri tentang kebesaran Allah swt.


(4) Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.


(5) Meningkatkan kadar denyutan jantung.


(6) Tangisan dapat menghalang penyakit dalam tubuh.


(7) Dapat meredakan tekanan.


(8) Air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ia dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.


Kata orang, menangis nih memperlihatkan perbadi yang lemah....betol ker?


Saya tak setuju.....sebab kalau kita terlalu memendam rasa, sama lah macam menyakitkan diri sendiri....
Memangis itu bukan untuk tunjukkan kita lemah tapi adalah satu cara bagi kita meluahkan kesedihan di hati...cuma cara dan tempatnya serta keadaannya perlu betol..


Janganlah pulak melalak, berteriak....memangis pulak depan orang ramai....menangis tiba-tiba tanpa sebab...


Menangislah di dalam bilik....menangislah untuk menenangkan hati...sambil memujuk diri...


Jangan menangis di dalam hati....


p/s : saya memang cengeng orangnya.....hihihi

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

17 yang suke sengih tapi tak banyak songeh:

Nor Zilla Sensei berkata...

so cute.. tapi kan selama kita kenal lelaki kalau bab2 cinta kebanyakan diorang lebih bnyak menangis dr pompuan.hehehe

Aziela berkata...

Akak suka part yang buang toksin tu...hehehehehhe. TQ yer...

saffiya_aleesya @ echa berkata...

menangis puas2 sampai lega sekurang2nya kita akan berasa lebih tenang dr sebelumnya..menangis itu tanda kita meluahkan apa yang kita rasa,,untuk apa disimpan2 air mata tu, menangis je bukan kena bayar pun kan..btw salam kenal n saya follow sini yer sis ;-)

IntaNBerliaN berkata...

sy pun mudah je keluarkan air mata.. tgk tv pun blh nangis,... hihii

- AZIE - berkata...

bila menangis, makanya mata pun akan jd bengkak huhuhuhu

ZULHILMI TEMPOYAK berkata...

menangis hati ini... sy sng menangis klu sentuh keluarga saya...

sbb xpenah lak nk putus cinta nangis2.. heee

miss Fyqa berkata...

menangis jugak la klu ade bab2 menyentap hatiku..ohhhho

Tanpa Nama berkata...

Menangis pun ada kebaikan. Baru tahu. Heeee

AINI CHE DIN berkata...

huaaaaaaaa....nak nangis hari2 arr cm ni...

fieda berkata...

menangis boleh melegakan hati kita yg stress..

Tanpa Nama berkata...

kak citra jarang menangis dah.. kena nangis ni hehe

Tanpa Nama berkata...

kak citra jarang menangis dah.. kena nangis ni hehe

bicara mak dara berkata...

mmg lelaki susah menangis kan.. somi mak pun mak nampak dia nangis time lepas akad nikah kami dan lepas kelahiran anak2 mak.. yg lain masa susah bebenor lah nak nampak dia nangis hehehe

Rozie berkata...

btul tu kalau tk menagis lama, rasa mcm tk kena.. Bila tersentuh sesuatu mesti menangis

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

kalau menangis boleh legakan kita menangislah....wani pun mudah nagis hikhik

Azhafizah MN berkata...

lepas dah nangis rasa lega sikit kan.

Noor Atikah Ramli berkata...

nangis dapat melegakan kita ^^

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia