Rakyat Malaysia Kurang Sopan

Assalamualaikum...

Aish..tajuk pagi-pagi dah bikin panas nih...

Sabar..sabar..nih kan bulan Ramadan..

Tentunya rasa terkejut jugak bila dengar Hot FM pagi tadi masa on the way nak pergi berkhidmat untuk negara nih, si Faizal, Fafau ngan AG bagitau negara kita Malaysia termasuk dalam ranking ke 34 daripada 36 negara yang rakyatnya sopan.....

Maksudnya di sini, kesopanan rakyat kita tidaklah sesopan yang kita sangka selama nih..Kununnya negara kita negara yang mengamalkan dasar ketimuran...yang penuh lemah lembut dan sopan....

Sebenarnya tak dinafikan, sememangnya rakyat Malaysia adalah antara negara yang rakyatnya bersopan dan beretika....

Tapi tau tak, kebanyakan faktor yang menyebabkan kita duduk dalam ranking yang agak corot daripada 36 buah negara, adalah kesopanan ketika di jalan raya....

(1) Suka membunyikan hon sesuka hati.

(2) Memotong kenderaan lain tanpa memberikan isyarat (kesian kan..kete mahal-mahal, canggih-manngih tapi takde lampu signal..haish...kesian betol)


(3) Merebut tempat letak kereta dengan orang yang terdahulu menunggu parking tersebut.


(4) Memotong sesuka hati walau di tempat yang tidak sepatutnya..


(5) Bercakap kuat ketika dalam telefon (halamak..adakah saya juga termasuk dalam ini kategori??)


(6) Tidak memberikan tempat duduk kepada ibu mengandung, orang kurang upaya dan warga emas ketika menaiki pengangkutan awam...... (selalunya buat-buat tidor dalam tren..walhal, dah nampak dah ader golongan-golongan yang lebih memerlukan tu)


(7) Memaki hamun atau bercakap kasar dengan orang lain.


(8) Tak reti nak berterima kasih


(9) Bercakap dalam panggung wayang


(10) Memotong barisan (terutama masa nak beli makanan)


(11) Penjawat awam terutama yang duduk di kaunter perkhidmatan sangat susah mau senyum...kadang-kadang, tak mesra pun...

Jadi, adakah korang pernah buat perkara-perkara di atas??

Tak boleh salahkan orang lain kan..sebab kita sendiri yang meletakkan Malaysia di ranking ke 34...ulang suara...ke 34 daripada 36 negara......

Apa-apa pun, semua negara itu adalah antara negara yang rakyatnya bersopan....kiranya, Malaysia memang antara negara yang bersopan...cuma, ranking tu tak berapa nak baik sangat di antara 36 negara tu..Yela..Malaysia kan terkenal dengan sifat rakyatnya yang mengamalkan "Budi Bahasa Budaya Kita".....

Marilah bersama kita ubah sikap kita....

Kerana kita rakyat Malaysia (pagi-pagi nih semangat patriotik lebih sikit.hihihi)

Sekian~~

♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

12 yang suke sengih tapi tak banyak songeh:

Srikandi Bonda berkata...

Semoga semua daripada kita lebih menjaga adab sopan di masa akan datang. ^^ http://m2mcarehouse.com/

Tasao Yumiko berkata...

sgt berpatriotik.. marilah kita sama2 memupuk budaya yg berhemah dan bersopan santun.. mmg btul masih ada rakyat malaysia yg x beradap lg..

hazwan hairy berkata...

haha....ada yg betul gila2 dlm faktor tuh....jaduh 2 pn cm teruk kn..

Tanpa Nama berkata...

KA pown dengar pgi tadi, terkedu sekejap, salam kenal dan KA dh follow u ye 539

IntaNBerliaN berkata...

34 dr 36?.. huhuu 2 lagi nak last...

HanaNabihah berkata...

Hoho. sebab sesetengah org Malaysia sekarang bajet omputih. omputih pun lagi pandai sopan. paling tak boleh tahan sikap sesetangah org Malaysia ketika memandu. betul sangat no. 1,2 tu. huhu

fieda berkata...

rakyat malaysia dah makin ramai yg tak sopan..huhu..terutama anak2 muda yg hidup dgn cara moden..

TiranaAduka berkata...

Assalamualaikum...

biar blog bertukar rupa
TiranaAduka singgah jua
Ape khabar gerangan disana?
Moga persahabatan kekal selama...

Tirana ini tak pandai bermadah
Bersyair gurindam jauh sekali
Singgah setelah selesai ibadah
jangan lupa berkunjung kembali

Yaya Azura berkata...

budi bahasa tak menjadi budaya...haish..ape nak jadi dgn M'sia nie...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

ramai yang ulas tentang kurang sopannya rakyat mesia...harap2 ramai jugak yang akan sedar perkara ni dan berubah menjadi lebih sopan ....:)

roziahojijie berkata...

dengar jugak kat Hot fm smlm . tak sangke betul . Tapi , memang la . sy selalu terkena . lagi2 tang jalan raya . Pemandu malaysia ni memang biadap atas jalan ohh . Sedihh sungguh ,

yg 1st ranking tu mesti Jepun kan ?

Unknown berkata...

No 11 saya setuju, sbb selalu sangat alaminya...haish, malu betul dgn pelancong bila org yang keja kt bahagian servis ni tak mesra pelanggan huhuhuhhu

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia