Sharifah Zohra vs Bawani

Assalammualaikum....

Listen! Listen! Listen!

Woah.....hebat perkataan 'Listen" ni sekarang..dah jadi 'trending' dah...

Keglameran dia sudah hampir mencapai tahap Gangnam Style pulak...huhuhu

Banyak keluar parodi...mix dance bagai...kat blog toksah cakaplah..belambak...

Ha..ni salah satu la ni entri menyibuk nak cerita gak...hihi

Okey kita serius...

Nope..sebenarnya sebelum ni, saya cuma suka membaca entri-entri, suka tengok video dan baca komen-komen daripada orang ramai...

Tapi, tetibe, tergerak hati nak nyatakan pendapat saya.. *kalau ada orang nak baca*

Honestly, saya bukanlah golongan graduated dari mana universiti....Mungkin bagi orang, kenyataan atau pendapat orang tak 'educated' macam saya tak boleh diterima....yelah sedangkan yang educated pun belum tentu pendapat mereka tu didengari kan...
**Kita ni seperti "mentimun dengan durian"...haruslah durian yang menang...

Apa yang saya nampak daripada isu ni, ini sangat serius okey...
Perasan atau tidak, banyak perkara negatif daripada positif..Antaranya;

(1) Pertelagahan sesama sendiri
(2) Pelajar UUM dikutuk dengan hebat
(3) Dikatakan Melayu memang pengecut lah, tak berani bersuara lah *bukankah yang komen itu juga Melayu yer*
(4) Masing-masing cuba berhujah yang mana satu yang benar...
(5) Mula mengutuk sesama sendiri
(6) Mempersendakan isu ini
(7) Mencaci dan memaki hamun sesuka hati
(8) Masing-masing mula keluarkan fakta sendiri

Saya tidak menyebelahi mana-mana pun..Baik Sharifah Zohra mahupun Bawani...

Mereka dikuasai emosi ketika hari kejadian....

Kemudian, isu ini berpanjangan...Bila diupload video, maka macam-macam komen diterima...
Dari ke hari, isu ni semakin panas...
Orang ramai sebagai penonton video tersebut, mula berpecah kepada 2 puak..
Satu yang menyokong Sharifah..satu lagi yang menyokong Bawani...

Ohooo...tak takut ka andai kata ini mungkin boleh sebabkan perpecahan sesama kita?

Serius memang takut....
Yup..mungkin masing-masing ada sebab yang kenapa perlu sokong salah seorang individu tu...
Cumanya, tak perlulah kita sampai nak mengutuk secara hebat...

Kalau dah kita tau yang Sharifah tu merendahkan Bawani dan menganggap beliau lagi tinggi pelajarannya, janganlah kita ikut pulak kesilapan beliau tu.

Tak perlu kutuk-kutuk ni...okey sayang-sayang semua....

Kita patut bersyukur dengan negara kita...
Walaupun tak kaya, tapi rakyat tiada yang mati kelaparan...
Walau tak terlalu maju...tapi kita sudah ada macam-macam teknologi...sekarang semua orang pun ada gadget...
Walau tak hebat, tapi masih melahirkan mereka-mereka yang berjaya...

Dan yang paling penting, kita masih bebas dan tiada peperangan....



Pesanan tak berapa ringkas : "Ini pendapat peribadi diri saya...mungkin ada yang kita ini pendapat orang pengecut..penakut...lalang...ah...persetankan semua itu....daripada kita memaki jer bukan buat apa pun..dok taip jugak kan...sama jela kita....."

Ke arah keamanan sejagat....Peace yooo!!!

tata titi tutu
sekian
wasalam





♪♫ KESUDIAN KAMU MEMBACE ENTRI BESE-BESE JE NIH AMAT SHAYE HARGAI DAN HARAP KAMU SUDI MEMBACA LAGI YER ♪♫ (^_^)

16 yang suke sengih tapi tak banyak songeh:

Jujubabes berkata...

tak faham laaa ..nak soh kite listen, tapi sepatah haram tak faham mende die nak sampaikan ...hyeee laaa mahasiswa/i, ikut mane yang elok je laaa, yg tak elok tu kamu tak yah ler ikut ..elok kamu study je dalam bilik, ngabihkan bace buku teks tu ...jangan esok nak exam, baru arini kamu nak bukak buku ...dengar kate orang yang berpengalaman ni ....huhu

Unknown berkata...

Listen Listen, hehe..

Nursaila Norman berkata...

saya belum tgk lagi video psl isu ni,xtau apa yg berlaku..ketinggalan sungguh dgn dunia luar.huhu! tp rasanya isu ni xperlu dibesar2kan..nnt yg dpt kesan kita semua jgk..makin maju makin mcm2 isu pulak yg timbul huhu..

Aziela berkata...

Akak tak tengok lagi video tu. Tapi basically kejadian2 mcm nie memberikan pengajaran kepada kita semua. Sometimes kita perlu dengan peristiwa begini untuk lebih mencerdikkan kita semua. Wallahu'alam.

Unknown berkata...

suka ayat "walaupun tak kaya,tapi rakyat yang mati kelaparan"faham2 je la..harap2 kita tak berpecah belah disebabkan forum dan video tu..jaga diri kita,tutur kata kita..jangan sampai orang lain tersinggung

Kayu Manis berkata...

tak tengok sampai habis..rasanya banyak lg perkara lain nak di buat..

Cikgu Ma berkata...

x faham sangat psl fenomena ni...x dan nak amik tahu...hehe

boni kacak berkata...

hahahha. itu lah.. ada pro dan contra.. tapi apa2pun, ayat LISTEN ni dah jadi viral terbaru alam maya sekarang ni..hahahaha

hana hadi berkata...

sejak bila la ada listen2 ni. hana baru tau malam semalam.hehe kat part tu ja kot

zaty berkata...

mmg menjadi-jadi fenomena listen ni.paling latest ada yg jual tees dgn car stickers.. aduhai melayu jgnla jatuhkan bgsa sendiri. =.=''

combi berkata...

da trending da...huhu

izzah berkata...

Da moral of da story,respect others,respect others' thought...

-Suka tgk parodi ahmad lutfi...mmg buat kita semua brfikir:-)

Tanpa Nama berkata...

tgh hot ni

QasehnyaRania berkata...

no komen

macam2 kan..agak ketinggalan sikit.jap nak carik info..tenq mira

Tanpa Nama berkata...

Salam....
Anak2 melayu semua listen....
Kita sebagai org melayu...jgn terpengaruh dgn dawani.... Kita mesti ada pendirian.... Diam tak bermakna kita setuju.....diam tak semestinya kita takut....diam tak semestinya kita kalah.... Kita mesti bijak.... Kita d beri pendidikan...kita mesti ckp mengunakan akal bkn nafsu...renung2kan.

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

dh jd fenomena pulak

Copyright@Hakcipta Terpelihara...sume entri adalah milik Mira Adzlia